~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Sambal Satey Daging Omak

BAHAN-BAHAN
  • 1kg Daging (dipotong nipis2)
Bahan Perapan
  • 1 biji Gula Melaka (dipecah2kan)
  • Gula Pasir (sucukup rase)
Blender Kering
  • RM1 Ketumbar
  • RM1 Jintan Kasar
  • 1/2 sk Jintan Halus
Blender Basah (dibahagi kepada 2 bahagian, separuh untuk perapan dan separuh lagi untuk menumis)
  • 2 inchi Lengkuas
  • 1 inchi Halia
  • 1 inchi Kunyit
  • 4 biji Bawang Besar
  • 5 batang Serai
  • 6 biji Bawang Putih
KUAH
  • Lada kering (diblender halus dan ikut citarasa nak pedas ke tidak)
  • 1 biji Gula Melaka
  • 1 biji Bawang besar (dimayang)
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 2 kuntum Bunga Pekkak
  • 8 kuntum Cengkih
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 1 kg Kacang (digoreng dan diblender kasar)
  • Air Asam Jawa (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula Pasir (secukup rasa)
  • Air
  • Minyak
CARA-CARANYA
  1. Perap daging dengan bahan blender kering, blender basah, gula melaka juga gula pasir dan biarkan 3 - 4 jam lagi lama lagi elok.
  2. Selepas diperap, goreng daging perap itu dengan minyak yg banyak dan biarkan hingga daging empuk (semi garing), kemudian angkat, minyak menggoreng tadi di ambil utk menumis dan tambah lagi dgn minyak baru.
  3. Tumiskan bunga lawang, bunga pekkak, cengkih, kulit kayu manis dan bawang merah hingga naik bau.
  4. Masukkan Lada blender dan bahan blender basah, tumis hingga garing.
  5. Masukkan gula melaka dan masukkan air, masak hingga mendidih.
  6. Kemudian masukkan kacang, garam dan daging tunggu hingga mendidih.
  7. Masukkan air asam, bila dah cukup rase semua masak sehingga betul2 mendidih.

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.