~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Its So Sad

Pagi tadi sebelum aku kuar menghadiri reasel penuh di Paragon Hotel utk Program Khatam Al-Quran anjuran kampeni aku, aku mendapat 1 berita yg sangat sedih pd pendengaran aku. Arien, kawan aku mase belajar amik diploma dulu bg tau yg anak dia yg no. 2 menghidapi penyakit autisma. Ya Allahh, terus tersentap aku dari lamunan bila Arien bg tau mcm tu. Terus sebak dada dan menitis air mate aku mengenangkan nasib Arien, sungguh aku kasihan kat Arien, Ed dan anak2nya. Arien juga kawan2 yg lain memang rapat dan kami dah macam adik-beradik, suke duke kami tempuhi bersama ketika belajar dulu. Macam mane aku x sedih bile dengar berita macam nie. Bagaimanalah Arien menghadapi ujian nie semua, anak Arien yg ketiga menghidapi jantung berlubang dan skarang anak yg kedua pula menghidapi penyakit Autisma. Ya Allahhh.. sangat besar dugaan mu buat sahabat ku Arien. Tiada lain yg mampu aku buat utk Arien, hanye sekadar kate nasihat juga semangat utk dia meneruskan kehidupan ini. Aku doakan agar kawan2 aku, Arien juga Nolie yg mempunyai anak bermasalah dengan panyakit jantung berlubang juga penyakit autisma, korang banyak2lah bersabar. Aku dan kawan2 lain sentiasa ade dibelakang korang... kami doakan korang tabah menghadapi segala dugaan ini dan semoga anak2 sedara aku nie akan sembuh dari penyakitnye.. Aminnnnnnnnnnnnnnnn...

Dan dibawah nie sedikit info pasal penyakit Autisma... Selamat membacee...

Pengenalan

Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.

Penyebab utama autism ialah :

  • Komunikasi
  • Tindak balas sosial
  • Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal.

Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.

Tanda dan gejala

Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :

Komunikasi

  • Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
  • Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
  • Kurang cerdas semasa bermain
  • Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain

Tindak balas sosial

  • Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
  • Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
  • Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
  • Suka bermain sendirian

Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

  • Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
  • Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
  • Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
  • Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.

Komplikasi

Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.

  • Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
  • Peringkat akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri
  • Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi

Rawatan

Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk :

  • Membaiki kemahiran sosial
  • Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka
  • Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal
  • Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya.

Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti:

  • Kelakuan ganas
  • Hiperaktif
  • Kebimbangan yang mungkin timbul

Rehabilitasi

Beberapa pencegahan termasuk :

  • Terapi pertuturan dan bahasa
    • Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak
  • Cara pulih kerja ( occupational therapy )
    • untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.
    • berbagai rangsangan pancaindera / deria
  • Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention )
    • Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas
  • Pendidikan khas
    • kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM )
Pendaftaran Kurang upaya ( Disability registration ) Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.

1 Ng0mel-ng0mel:

ct_nurmarlissaa said...

semoga Ariens tabah mengharungi..dugaan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.