~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Selamat Hari Jadi Pn Madianah Esa

Hari ini adalah tarikh kelahiran Mak, genap umo mak 55 tahun. Uiskkkk mude lagi nie, boleh bertwist lagiii, kan Mak kan... sedangkan Kak Nita yg lebih tua dari Mak tu boleh berjoget sakan inikan pulak Mak yg baru 55 tahun. Ala2 macam 25 tahun gitewwww...

Doa Lieya untuk Mak juga dari anak2 Mak yg lain, semoga kehidupan Mak sentiasa diberkati oleh NYA. Semoga Mak dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki yg halal. Semoga Mak sentiasa mendapat hidayah dan cahaya keimanan dari NYA. Semoga kehidupan Mak sentiasa berlandaskan ajaran Islam. Semoga Allah mengurniakan tubuh badan yg sihat untuk Mak. Semoga Mak gembira dan bahagia hidup disamping suami terchenta, bersama 3 orang anak dan berserta 6 orang cucu yg baik2 belaka. Sesungguhnya doa2 dari anak2mu pastinya yg baik2 belaka sepertimane Mak sentiasa mendoakan yg baik2 untuk kami. Terima kasih Mak kerana sentiasa mendoakan kami dan terima kasih kerana telah mendidik kami hingga kami dewasa. Sesungguhnye jasamu tidak terbalas oleh kami.

Hu hu.. sedeyy la plakk aku nie... tadi pagi aku call Mak untuk wish happy besday, nampaknye tahun nie aku menjadi orang ke-2 wish kat Mak sebabnya A.Long pepagi gajah dah wish kat Mak dulu. He he... Mau bergenang gak le air mate aku nie haa mase wish kat Mak, suara pun suara orang nak nangehhh jeee. Ape la cengeng bebeno aku nie. Mak pun bile dah dengar suara aku macam tu ikut sekali sedey. Dengar bunyi sob sob Mak dihujung corong tepon aku. Aiseyyy ape la aku nie, patut hari2 macam nie gumbira, aku lak bley sedey2 sadis2kan. Hu hu.... Anyway..

SELAMAT HARI JADI BUAT MAK YANG AKU SAYANGI SEHINGGA AKHIR HAYAT KU

2 Ng0mel-ng0mel:

Umie said...

cakap kat mak ko otanjyoubi omedetou ye makcik... muda lagi tu.. jom pi karaoke makcik.. hiksss

Lieya said...

Umie-> Mak aku kate terima kasih byk2. Ko nak ajak Mak aku p karaoke kat Jepun ker??? Gerekkk tuuu.. Mak aku kompom suke.. Ha ha haaa

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.