~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Kuih Serabai

Ahaaa skang aku mau cerita pasal salah 1 kuih Malaysia yg dipanggil SERABAI. Mengikut pembacaan aku di wikipedia, kuih nie biasanya popular kat Kedah, Melaka dan Sabah time bulan-bulan puasa. Tapi kat kg aku, time tak bulan puasa pun boleh dapat ok!!! Kuih serabai nie sangat laaa sedap bg mereka yg menggemari beras juga santan. Pasal kuih nie diperbuat dr tepung beras juga santan. Haaaa bg korang yg sebok sangat nak berdiet segala, lupekan saje niat korang nak makan kuih nie yeee... Bagi aku, ini adalah salah satu kuiih peberet aku. Ade aku kesah gemok ke kurus ker... Hahahaha yg penting sodapppp hingga menjilat jari. Tapi yg last week aku beli, aduhaiiii serawanya boleh plak org yg membuatnya p campur ngan durian. Potong selera aku nak makan. Opsss aku bukan tak makan durian, makannnn tp aku cume makan durian yg tidak dimasak. Maknanya durian yg mentah laa ok. Yg sebok dimasak bagai buat kuih segala aku tak makan.

Ahh lupekan kisah aku tu, ape yg penting mari kite tengok rupe kuih serabai nie. Gambar yg aku tepek nie, serabainya kurang menjadi. Serabai yg betul-betul menjadi, atas dia tak licin mcm kat gambo bawah nie. Sepatutnya dia berlubang-lubang macam muke yg bekas2 jerawat batu. Hehehe...

Kuahnya pulak dipanggil SERAWA juga diperbuat daripada santan, gula melaka juga telur. Bersantan juga ok!!! Jadi yg nak diet tu tergamak ke korang nak makan serabai nie. Hahahaha... Gelak jahat dah aku nie, sila la telan air liur korang yeee...

Ok jom kite tengok resepi dan cara pembuatannya macam mane. Sape2 yg terajin boleh la buat lepas nie. Aku memang dah sah-sah rajin makan aje. Heeeee...

Bahan

  • 500 ml santan (dari 1/2 kelapa putih)
  • sedikit garam
Bahan A
  • 150 g tepung beras
  • 300 ml air
Bahan B
  • 1 biji telur
  • 300 g tepung beras
  • 600 ml air
Bahan Kuah
  • 900 ml santan (dari 1 kelapa)
  • 300 g gula melaka
  • 2 helai daun pandan, disimpulkan
  • sedikit garam
  • 2 biji telur
  • 1 camb tepung beras
Cara-cara

Santan dijerang bersama garam hingga mendidih. Santan perlu dikacau selalu untuk mengelak santan berkepala. Angkat dan biar sejuk. Gaulkan bahan A dan jerang atas api perlahan sambil dikacau hingga kental.

Gaulkan semua bahan B, masukkan adunan A dan santan yg dimasak. Kacau sebati dan biar 4 jam. Panaskan acuan serabai atas api perlahan. Masukkan adunan secukupnya dalam setiap acuan. Tutup dan masak selama 5 min kemudian angkat.

Kuah

Untuk membuat kuah: Jerang santan dengan gula melaka, daun pandan dan garam. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Satukan telur dan tepung beras, tuangkan ke dalam santan dan kacau hingga mendidih. Angkat dan sajikan dengan serabai.

4 Ng0mel-ng0mel:

cik puan akish said...

chare sgh name kueh tuh wehhh

Lieya said...

Hahahah mmg sangat chareeee kan... mase memula aku kenal kuih nie pun aku pelik.

ct_nurmarlissaa said...

ermm..aku owg utara pun tak pernah makan....beb...

Lieya said...

Kekekeke yeke mas... iskkk rugi ko nie

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.