~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Sembelih orang ke sembelih ayam???

Tengok tajuk je kompom korang dah tau ape yg aku nak cerita. Nie semua gara-gara kes pembunuhan secara kejam Dato Susilawati & 3 org yg lain, opss bukan kes nie jerk semenjak 2 menjak nie dah macam2 kes yg aku bace, dengar dan aku lihat dr kace tv kat uma tu. Manusia menyembelih dan membunuh dengan rakusnya seperti mudahnye menyembelih seekor ayam. dimanakah sifat perikemanusiaan mereka yg terlibat ni??? Subhanallah... Ya Allah lindungi aku, keluargaku, guru2ku dan sahabat2ku dr kekejaman seperti ini. Saban hari, saban minggu, saban bulan dan saban tahun Malaysia digemparkan dengan pelbagai jenayah dan kekejaman, pendek kate ade saje berita2 kekejaman berlaku mcm dah jadi trend pulak aku tengok. Tak percaya??? Korang selak balik berita2 yg korang bace. Bile hari nie ade kes pembunuhan, penculikan, rogol & bunuh dan mcm2 jenayah lagi, sok lusa atau tulat pasti ade yg menyusul.
Mari kite tengok antara kes pembunuhan kejam berPROFIL TINGGI sejak tahun 1982

1) PEMBUNUHAN DATUK MAZLAN IDRIS

Pembunuhan arwah Datuk Mazlan ( ADUN Batu Talam) yang dianggap paling mengerikan 17 tahun lalu yang memeranjatkan semua pihak.. pembunuhan yang dilakukan oleh pasangan bomoh suami isteri Mona Fandey, Mohd Affandi Abdul Rahman (suami) serta pembantu mereka, Juraimi Husin sememangnya kejam dan diluar batas perikemanusiaan.

"Jeremi menetak leher mangsa sebanyak 3 kali sehingga putus, kemudian memotong sendi kemudian melapah kulit dan daging mangsa... semuanya atas arahan Mohd Affandi. kemudian tulang dan daging yang dikerat 18 di letak di dalam besen sebelum dicurah ke dalam lubang sedalam 1.8 meter di sebuah bilik stor."

walaupun terdapat pencanggahan keterangan dari ketiga-tiga suspek. mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.. dan pada 2 NOV 2001 mereka menjalani hukuman di penjara Kajang.

2) PEMBUNUHAN DATUK S.KRISHNASAMY

Beliau merupakan seorang ADUN TENGGAROH (MIC). di tembak mati ketika di dalam lif. tembakan dari belakang leher menyebabkan beliau mati serta merta pada 11 JAN 2008.. pernah menerima ugutan bunuh melalui penggilan telefon. namun, apa yang menyedihkan.. pembunuh masih bebas di luar sana.. walaupun 13 orang ditangkap tetapi dibebaskan kerana tiada bukti kukuh.

3) PEMBUNUHAN DATUK MOHAMED TAHA TALIB

Kes ini cukup menggemparkan apabila bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim dituduh membunuh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohamed Taha Talib 28 tahun lalu. beliau ditangkap polis dan didapati bersalah. dijatuhkan hukuman mati.. rayuan beliau ditolak. namun selepas bekas Perdana Menteri, Tuanku Abdul Rahman menulis surat peribadi dengan disertai sokongan petisyen orang ramai Yang DiPertuan Agong meringankan hukuman kepada penjara seumur hidup di Penjara Pudu. Kemudian dibebaskan atas perkenan Yang DiPertuan Agong SultanAzlan Shah pada tahun 1991.
tamat tempoh penjara pada 1995.
tempoh perbicaraan 75 hari, perbicaraan kedua terpanjang selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4) PEMBUNUHAN HASLEZA ISHAK

Kes ini menarik perhatian ramai sebab ada kaitan engan kerabat diraja. Hasleza merupakan isteri kedua Raja Dihilir Perak. mangsa dicampakkan dari jambatan setinggi bangunan 5 tingkat. tindakan tersebut sama ada sebelum kematian atau selepas adalah kejam.

5) PEMBUNUHAN CANNY ONG LAY KIAN.

Canny menjadi mangsa lelaki GILA SEX.Canny diculik di pusat membeli belah ketika mengambil tiket kereta yang tertinggal di dalam kereta di tingkat bawah tempat letak kereta Pusat Membeli Belah Bangsar. apa yang memilukan.. mangsa dirogol kemudian dibunuh dengan kejam dan dibakar di dalam sebuah lubang. tertuduh menikam perut mangsa selepas merogol mangsa antara pukul 1 hingga 5 pagi pada 14 Jun 2003. Mangsa dibakar di dalam sebuah lubang.malah mayat mangsa ditutup dengan papan penanda jalan dan 2 tayar bersimen.. sebelum menutup dengan sekeping papan.. ketika mayat ditemui, mayat didapati putus antara bahagian badan dan kaki... bahagian luar kemaluan mangsa turut dibakar.
Pada 23 Februari 2005, Ahmad Najib dihukum gantung sampai mati atas tuduhan membunuh dan penjara maksimum 20 tahun serta 10 sebatan atas tuduhan merogol Canny.

Itu tak termasuk lagi kes pembunuhan Norita Samsuddin, Noor Suzaily Mukhtar, Altantuya dan banyak lagi la yg disampaikan di berita2 sebelum nie. Kenapa agaknya manusia menjadi semakin kejam semakin tidak berperikemanusiaan sekarang nie!!! Gara2 nak mengejar harta dunia, gara2 tamak haloba, gara2 hasad dengki, gara nafsu dan juga ada yg mengatakan membunuh kerana mendengar bisikan2 yg entah datang dr mane.

Pedoman buat kita sebagai manusia....

1 Ng0mel-ng0mel:

cik puan akish said...

dorang neh mmg giler mampos....adoyaiii dijauhkan keturunan kite jd begini atau menjadi mangsa....amin..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.