~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Jerebu & Udara

Hari ni dah hari kebarapa jerebu ehh?? Mmmm tengok mcm dah xde dah, mcm dah clear je kan tahap udara kat luar sane. Itu dr pandangan mata kasar aku la... heeee...

Syukur alhamdulillah kerana Allah telah menurunkan hujan, hujan adalah penawar terbaik time jerebu mcm nie. Kalau xde hujan kompom alamat lambatlah tahap kebersihan udara nak pulih seperti sediakala, walaupun waimahnyeeeeee.... tahap pencemaran udara skang nie semakin menjadi2 dan bile terjadinya hujan asid.

Pernah tak terpikir semua nie??? Meh kite tengok pulak punca2 pencemaran udara.

pelepasan asap dari kilang

Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar.

Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.

Pembakaran secara haram

Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat. Nie kalau kt kg mmg kompom membakar sesuka hati, tp xdela secara besar2an.

Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan.

Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi 'asap'. Masih ingat lagi kes nie??? dimana

kerajaan mengisytiharkan darurat di Sarawak apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 650. Jerebu pada tahun itu disebabkan oleh pembakaran hutan seluas 600,000 hektar di Indonesia.

Asap dr kenderaan

Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya (akulah salah seorang drpd masyarakat moden itu, heeee). Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk.

Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan kenderaan di jalan raya dijangka akan meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2020, namum dijangka juga akan mencapai angka itu lebih awal.

Akibatnyee ape yg kite dpt????

Bahan tercemar yg terperangkap di udara akan memasuki hidung atau mulut kita dan seterusnya paru2 melalui trakea. Karbon monoksida adalah gas yg akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dlm darah yg menyebabkan paru2 terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah.

***semua picca adalah hasil google meng'google

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.