~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Ikan Pari Bakar

Haaa semalam balik keje aku terus ke dapur, ohhh sampai-sampai uma dah pukul 6 petang. Dalam hati berkata-kata "sempat ke tak sempat aku nak membakar ikan pari versi Kak Yatie ni". Tempoh masa membakarnya 45 minit hokeyyyyy.. En. hubby nak pegi keje kul 7.15, time makan dia pukul 7. Jadi tanpa melengahkan masa dan tanpa berpikir panjang aku terus menyediakan bahan-bahan untuk diblender bagai. Dalam mase penyediaan bahan tu, aku tengok en. hubby tak beli lada kering yang aku pesan. Adoiii mengomel panjang aku ngan dia. Seb baik dia beli lada merah banyak, so altenatifnya aku gunakan je lada merah yg dibeli.

Ketang ketung ketang ketunggg, haa tengok jam dah 6.10, ok terus aku menumis bahan-bahan blender. Tapi tumis lebey kurang je tak sampai garing dalam 6.20 macam tu aku pun terus membakar ikan pari tu. Pastu kul 7 terus angkat so aku bakar dalam 40 minit je. 5 minit tu kire halal la... ehehehehe.. Oleh kerana semalam aku berpuasa, maka en. hubby lah yang merasmikan dulu. Lepas perah-perah limau dia pun merasa... "Wowwwwww.... thumb ups", itu reaksi pertamanya. Hehehehe oohhh yesshhh...(aku melompat2 tanda gumbira..ahahaah percaya aku wat mcm tu??? non adooo hookeyyyy tipu jeeee).

Bile masuk je waktu berbuka.. (ohh selepas en. hubby pegi keje yee). Aku dengan tak sabarnyaaa terus berbuka puasa dengan ikan pari bakar special Kak Yatie, terima kasih Kak Yatie pasal selalu tepek resepi yang sodap-sodap kat blog akak. Ini resepi ke-2 yang aku cilok dari blog Kak Yatie tau. Memang sodap hokeyyyy.. tak cayeee!!!! Haaaa buat sendiri kat uma korang. Tengok picca kat bawah tu ha, tengok gambar je dah menggiurkan okeyyyyyy.... tak meleleh air liur korang???

picca credit to YatieMemories

Bahan-Bahan

  • 2 ekor Ikan Pari - yg kecik2 tu
  • 1 btg Serai - dititik
  • Daun Limau Purut - buang tulang tengah dan koyak je (aku guna 6 helai jeee)
  • Air Asam Jawa (aku guna sikit je pasal en. hubby tak suke masam2)
  • Daun Pisang dan Aluminium Foil

Bahan2 Kisar:-

  • 5 cili Merah (aku pakai 12 batang psl takde guna cili kering)
  • 5 cili Kering @ (2 sudu besar mengikut sukatan kak Yatie tp aku tak guna pasal dah kehabisan lada kering)
  • 5 cili Api
  • 5 biji Bawang Merah
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 3 batang Serai
  • garam dan sedikit gula - ikut Kak Yatie
  • sedikit belacan - ikut Kak Yatie

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. Masukkan serai, garam dan air asam.
  2. Letakkan daun pisang di atas aluminium foil. Letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. Tutup daun pisang dan foil.
  3. Bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian. Saya bakar dlm oven saja selama 45 minit.
  4. Hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.
***NotaDihujungJari:-RAJINNN maka pandailah memasak, MALASSS.. tak dapek den nak nolong weiii....

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.