~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Sambal Special Ikan Tenggiri

Ohhh yeahhh... semalam aku telah berjaya mencipta resepi masakan aku sendiri. Mmmm tapi tak tahulah kalau sebelum-sebelum ni memang dah ada orang lain yang masak sambal macam ni. Itu aku idok tahu yeee, yg pentingnya semalam tengahari aku balik masak memang tak tengok buku resepi or ketas resepi aaaatau dari resepi terbilang kuarga aku (ceewaahhh ayat takleh hangkat). Semua kuar dari akal pikiran aku yg sememangnya terkenal ngan suke-suke hati mencampak yg bukan-bukan dalam masakan aku. Hahahahaa....

Oleh kerana semalam aku kene memasak time lunch hour, jadinya sepanjang perjalanan balik ke uma aku cube memikirkan resepi masakan yg mudah. Tapiiii resepi2 mudah tu rasa-rasa dah biasa sangat aku makan. Nak masak singgang 2 minggu lepas aku dah masak. Nak masak sambal cili, ini lagi lagi laa dah biasa aku masak plus enchek hubby masak. Pikir punye pikir terus decide nak masak sambal lada kering campur ngan cili. Pastu pikir lagi kalau letak daun kunyit mesti sedap, daun limau purut, sos tiram, serai... oooo yea yeaaaa sampai uma aku buat. Dan hasilnyeeeee... yes yes yessss enchek hubby kate sedapppp... hingga licin pinggan dikejakannyeeee.

Ok sape-sape yang berani untuk mencuba resepi berani mati aku ni silalah copy paste resepi kat bawah ni. Jangan takut nak mencuba yeeee, kalau tak sedap tu silap koranglah bukan silap aku. Aku masak sedap jeee...

Bahan-bahannya :D

  • 6 hiris Ikan Tenggiri (or ape-apa ikan la yg korang suke)
  • 1 biji Bawang Besar*
  • 2 biji Bawang Putih*
  • Segenggam Lada Kering*
  • 2 batang Lada Merah*
  • 3 batang Lada Hijau*
  • 1 1/2 sudu Sos Tiram
  • 1 batang Serai (di titik)
  • 1 biji Bawang Besar (dimayang)
  • 1 helai daun Limau Purut (di buang tulang tengah dan disiat 4)
  • Setengah helai daun Kunyit (di hiris halus)
  • Daun Sup (di hiris)
  • Sedikit Air Asam Jawa or boleh gak ganti ngan asam keping
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya ;D

  1. Bahan-bahan bertanda * diblender
  2. Goreng ikan tenggiri (tak perlu sampai garing).
  3. Tumis bahan-bahan yg telah diblender hingga naik bau
  4. Masukkan serai, daun limau purut juga daun kunyit dan tumis hingga lada garing.
  5. Masukkan bawang yang telah dimayang, sos tiram, air asam jawa, garam, ajinomoto dan gaul sampai rata.
  6. Masukkan ikan dan gaul lagi.
  7. Bile dah agak-agak kuah menyerap ke ikan bolehlah tutup api.
  8. Sedia untuk dihidang dan di makan.

Itssss really yummyyy... ahahaha dah aku yg masak sedaplaaaa...

***NotaDihujungJari:-Keberanian mencube akan mencipta pelbagai resepi.

1 Ng0mel-ng0mel:

Zana Adieyza said...

nampak sedap!!! nak cikit boleh?

masak ni yg penting yakin.. kalau yakin, pakai resepi apa pun tetap jd sedap.. 1 lagi kena ikhlas, so mesti makanan jd makin sedap!

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.