~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Nasi Impit Goreng

picca cilok DariDapurMaklang

Hokeyy ini hari aku mau kongsi resepi sarapan pagi yg aku amik dari blog DariDapurMaklang. Tajuk pun korang dah nampakkan or nama omputihnye CARROT CAKE or nama javanya LONTONG GORENG. Heeeee... Ini menu breakfast yang aku buat ntah hari bile, dah lama aku buat ni. Nak post tuh hari almaklumlaaaa keMALASan terlampaukan so tertunggak-tunggaklah N3 memasak aku.

Jangan malu-malu nak mencube pasal resepi ni memang sedap hokeyyy bukan pasal aku yg masak tapi resepinye memang sedap. Kalau tak sedap tu maknanye korang yg masak tak sedapla... kene amik air tangan aku ni haa untuk bagi sedap... ahahahaa (jangan marah aku gurau je). Aku ni pun bukan pandai sangat memasak, cume korang kene rajin dan berani mencuba. Maklumlaa aku kan orang baru dalam rumah tangga ni, jadi setiap kali nak memasak internetlah rujukan aku selain dari mak juga mentua aku.

Kalau nak masak menu biasa setiap hari, kompom jemu enchek hubby aku. Silap-silap aku yang jemu dulu pasal menu setiap hari same. Ohhhh no no no... idak aku mauuu... So ape lagiiii jom cube.

Bahan-bahan:
  • Nasi impit yang telah dipotong (lebih kurang satu mangkuk seperti dalam gambar)
  • 2 sdb lada kering blend
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 packet lobak asin yang telah dipotong nipis (aku pakai yang hancur je)
  • 5 pokok daun kucai dipotong sepanjang 1 inci
  • 2 biji telur ayam dipukul
  • 2 sdb kicap masin
  • 2 sdb kicap mee (kicap pekat)
Cara-cara:
  1. Gorengkan nasi impit yang telah dipotong selama beberapa minit. Kemudian toskan dan masukkan kedalm telor yang telah dipukul tadi. Minyak jangan terlalu banyak cuma seperti hendak menumis.
  2. Tumis lada kering dan bawang putih sehingga garing.
  3. Masukkan kicap masin dan kicap pekat dan kacau rata.
  4. Masukkan lobak asin.
  5. Masukkan nasi impit yang telah direndam dalam telur.
  6. Balik2kan nasi impit tadi sehingga telur garing.
  7. Terakhir masukkan taugeh dan kucai. Taugeh dan kucai jangan terlalu lembik sebab carrot cake ni kalau makan dengan taugeh separuh masak, lebihlah enak.
***NotaDiHujungJari:-Kalau malas nak mencube sampai bile2 takkan pandai memasak.

4 Ng0mel-ng0mel:

bonda dadif aka akish said...

wohoooo suke wooo nasi empet goreng neh....

wehhh haku pon teror masak ini...tp jgn soh masak utk ko yah...mmg malas la aku...

=)

Lieya said...

Atoiiii belum sempat aku mintak ko dah cakap awal2 ehh... heheheheh pandai ko ehhh.. sangat bijakkk.

aDieyZa said...

nampak sgt sedap!!! terus rasa lapar walaupun baru jer lunch.. hihihi..

kalau ada lebih, pos dekat zana yer.. hihihi

Lieya said...

Iskkk sedap ni.... ape lagiii cubenyee... nak tunggu lieya buat kompom tak sempat sampai. ehehehee

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.