~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Projek Godak Menggodak

Yihaaaa.. rabu lepas aku telah membuat blueberries cheesecake, ini semua gara2 melihat kazen aku si Zura ratu cooking menguking telah berjaya membuat ini cheesecake. Wowwwww aku pun ape lagi, yg sekarang ni memang selalu je teruja melihat resepi2 di internet ape lagi bile dah nampak hasil di depan mate yg hasilnye teramatlah sedap, mabeles mr loba loba dan yg memukau kalbu dan menggiurkan anak tekak aku....

Haaaaaa... dan aku telah meminta resepi blueberries cheesecake ni dari Zura. Ohhhh yeayyyy lunch hour hari rabu lepas aku terus zassssss bersama-sama kawan aku CTsitusanesini juga Nananurgaya ke kedai kek Perling. Hoyeayyyyy masuk2 itu kedai, wowwwww macam2 adooo... lagi lagi la aku teruja nak membuat itu cheesecake, dan dengan lajunye zasss zasss aku mengambik segala bahan2 yg diperlukan. Siap beli spring form hokeyyyyy tp bersaiz 10" laaa aku cari yg 8" punye non ado. Oleh kerana aku mmg dah lama verangan nak memiliki ini spring form yg berharga 32 hengget maka aku tetap rembat jugak itu spring form. Besar pun besarrr la janji aku dapat.

picca dr enchek google, sejibik sejibon mcm yg aku beli

Amboiii panjang pulak mukadimah aku yee... dah jom belek resepi pulakk...

BLUEBERRIES CHEESECAKE

BAHAN BISCUIT

  • 200 gram biskut marie/digestive biscuit
  • 100 gram mentega, dicairkan

BAHAN CREAM CHEESE

  • 250 gram cream cheese
  • 60 gram gula halus
  • 2 sudu kecil lemon essence
  • 1 1/2 camca besar gelatin halal ( jenama NUR or HALAGEL)
  • 125 ml air suam
  • 200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)
  • Blueberries tart filling yg jual dlm tin tu…ataupun aper2 buahan pilihan hati ler

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Biskut marie/digestive dihancurkan (guna food processor, uma aku takde mende alah ni aku tumbuk pakai lesung batu je lagi cepat), kemudian masukkan mentega cair sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) seeloknye tp aku guna 10" dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.

2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan lemon essense putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.

3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.

4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan blueberries dan hidangkan..

TIPs untuk keluarkan cheesecake dari loyang, basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, layur pisau atas api sekejap atau celup pisau dlm air panas kemudian lap pisau dan potong.

Sekarang meh tengok hasil blueberries cheesecake yg aku buat, haaaa nampak takkkk??? Tipisss je lahaiii... apsal??? Haaa tu pasal aku pakai spring form yg 10" tu laaaa.... ahahahaha kesiannnnkannn jadi tipis mcm tu, tp xpe yg penting jadiiiii... ohhhh yeahhh i likeeeee....

Selamat mencube untuk semua, sangat sedap ok.. sepatah kata Nananurgaya "lepas ni Secret Recipe tutuplaaa..." ahahahaha

Hokey tidak habis disini je projek aku, ade lagi 1 resepi... tapi ni mudah dan simple yee...

JELI BUAH KONNYAKU

Bahan-bahan:-
  • 1 pack jeli Konnyaku
  • 1 tin buah campuran (optional)
  • 1250ml Air
Cara-caranya :D
  1. Masukkan buah-buahan campuran ke dalam bekas acuan, dan letak tepi.
  2. Masukkan konnyaku dalam periuk, dan masukkan air juga air dari dalam tin buah
  3. Masak dengan api yang besar sampai mendidih, sentiasa dikacau ok supaya serbuk jeli tak berketul
  4. Bila dah didih kecikkan api dan masukkan malic asid (ni dah sedia ada dlm paket konnyaku), kacau sampai sebati.
  5. Bila dah sebati, tutup api dan tuangkan ke dalam bekas acuan.
  6. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

2 Ng0mel-ng0mel:

Aida & Riana said...

wow..nmpk sedap n senang...harus cube wekend ni

Lieya said...

fuhhhh mmg sedap dan sangat senang, buat2 jangan tak buat. ape pulak nak harus2kan. wajibkan terus. ekekekekee.. anyway good luck

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.