~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

AYAM REMPAH BBQ

Sedapanyeee ayam rempah bbq ni... hee hee heee... ni lah menu untuk aku dan En. Hubby bersahur pagi tadi. Terbukak selera di pagi hari dengan lauk macam ni, seriusss tak tipu tau. Tak caye cube rasee... haaa sedapkan sedapkan??? Hahahaha...

Dah jom layan resepi je terus, resepi aku copy & paste dari blog Sinar Kehidupanku, tuan empunye blog bernama Kak Yatie yang comel lotey dari Johor. Heeeee kasi angkat sikitttlahh, dah amek resepi orangkan tak reti-reti lagi keee!!!! Hiiiiiiiiiii....

cam biasalah kes tak menyempat nak men'snap' santapan sendiri, picca credit to Kak Yatie
Bahan-Bahan :-D
  • 1 ekor ayam (potong 12 bahagian)
  • 1 s/b cili powder@cili kisar
  • 1 s/b serbuk jintan
  • 4 s/b sos BBQ-kalau takde, ganti kicap+sos tomato
  • 1 s/b serbuk lada hitam
  • 3 s/b sos tiram
  • 2 s/b kicap pekat
  • 3 s/b sos tomato
  • 3 s/b madu-kalau takde, ganti gula
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar :-D
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
Cara-Cara :-D
  1. Ayam dipotong 12 dan bersihkan. Gaul ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali,tumis bahan2 yg dikisar dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili powder/kisar, serbuk jintan, serbuk lada hitam dan gaul sebati.
  4. Masukkan ke semua sos, madu dan tambah sedikit air dan gaul rata. Masukkan ayam yg di goreng tadi dan gaul rata.
  5. Perasakan, sekiranya rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi putih hangat. Selamat Mencuba..

0 Ng0mel-ng0mel:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.