~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Sup Tulang Hangit

Alkisah tersebutlah kisah suatu cerita disuatu hari, seorang gembala lembu telah menyembelih seekor lembu untuk dijadikan santapan raja sehari. Kemudian salah satu daripada tulang selangka sang lembu itu telah diberikan kepada anak saudaranya untuk santapan.

Hahaha bolehhh korang baca ngan ayat gitu? Heee apa-apa sajalah kan nak menulis menggunakan bahasa dolu kala. Tulis pun tak betul ada hati nak menulis macam tu. Aiskkkk... Ok tuh hari pakcik aku bagi aku 1 tulang selangka segar dari ladang punye ehehehe, kemudian setelah hampir 2 minggu tulang selangka tu terperam dalam peti sejuk uma aku. Semalam pagi aku decide nak masak sup tulang untuk makan petang punya. Jadi sebelum pegi keje aku kuarkan tulang selangka tu and pesan kat En. Hubby mintak tolong dia cuci besih and rebus sampai empuk.

Cik Puan, "Haii yang, rentung ke tulang ni?".

En. Hubby, "Ehhh mana ade...".

Aku??? Aku teruskan jugaklah memasak walaupun hati aku ni masih sangsi ngan jawapan En. Hubby ape lagi bile tengok periuk aku cantekkkk je bersih macam baru lepas kene sental ngan berus periuk pluss dalam periuk ada air kaler putih, air paip la ye kawan-kawan. Aku masukkan air then godek-godek sikit tulang lembu tu. Sekali kat beberapa part tulang lembu tu aku tengok ade kaler-kaler coklat yang menandakan tulang lembu itu telah rentung. Haaaaa kan dah kantoiiiii... Dia ingat aku ni tak tauuu gaknye, ok then aku teruskan memasak sampai siap.

Cik Puan, "Makan yang.. sedap nie, sup tulang hangit!!!"

En. Hubby, "Erkkk.. yeee hangit?? iskkk mesti sedap ni, baru 1st time dengar menu ni"

Cik Puan, "A'a sedappppp.... ada orang tu tak nak ngaku dia rebus tulang sampai hangit"

En. Hubby, "Hehehehe... mana tau ni???"

Cik Puan, "Elleh... camne tak tau kalau dah dagingnya rentung"

En. Hubby, "Hihihihi... ala tertidolah tadi yang, nasib baik tersedar. Kalau tak entah tak tau lah. Habis hitam periuk tu tadi, puas sayang sental periuk tu tadi nak cover takot anje marah".

Cik Puan, "Marah tu tidak, tapi bahaya tau.. len kali jangan buat macam tu."

En. Hubby, "Sebenarnya 2 kali rebus tulang tu, pastu 2 kali jugak hangit. Tapi sedaplah yang, takde bau hangit or rasa hangit pun."

Cik Puan yang mendengar tak terkata apa selain mengucap panjang mendengar pengakuan ikhlas En. Hubby. Aduhaiii... 2 kali rentung ok!!! Nasib baiklah tak jadi apa-apa, syukur pada Mu ya Allah kerana menyedarkan suami ku dari tidonya. Dah jom kite tengok resepi, resepi olahan sendiri setelah dicampur, ditolak dan dibahagi rasa-rasa dikedai-kedai makan dan masakan kedua-dua mak. Hehehehe...

SUP TULANG HANGIT

Bahan-bahan :-D
  • 1 keping Tulang Selangka (dikerat)
  • 1 biji Tomato
  • 1/2 biji Limau Nipis (amik airnya)
  • Daun Sup
  • Daun Bawang
  • 1 paket Sup Bunjut (siap ada bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga)
  • Garam
Bahan Kisar :-D
  • 6 biji Bawang Merah
  • 4 biji Bawang Putih
  • 1 inchi Halia
  • 1 sudu Lada Hitam
Cara-cara ;-D
  1. Rebus tulang lembu dalam periuk hingga dagingnya empuk.
  2. Setelah daging empuk dalam kuali yang lain tumiskan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bahan kisar hingga garing.
  3. Kemudian masukkan bahan yang ditumis dan sup bunjut ke dalam periuk yang berisi tulang daging tunggu hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan jus limau nipis, tomato, garam dan tunggu hingga didih kemudian tutup api.
  5. Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng ketika menghidang.

12 Ng0mel-ng0mel:

Asmara said...

wahh.. nampak sedap je, tak nampak pun hangit. hehe.. bagusnya..rajin cik abe awak tlg masak. :D

cik cek said...

Wah!...

Memang kelako...hangit! tapi tak nampak hangit pun...cooking with love...masak apa pun sedapkan...:D

SURIA AMANDA said...

haah la..x nampak pun hangit...biar betul..hehehe..i follow u....

Zana Adieyza said...

first time dgr nama sup tulan hangit.. hihihi.. tp still nampak sedap..

Lieya said...

Asmara->Hehehehe... kalau dia malas, tak dapatlah nak makan sup tulang hangit tu.

Cik Cek->Yezzaaaa... ada petua mengatakan kalau kite masak dengam kasih sayang, keikhlasan dan masa masak tu senyummmm je, kompom masakan tu jadi sedap. Hehehe so senyum lebih-lebih time memasak ye..

Suria Amanda-> Tak nampak pasal yang hangit telah dilindungi. Heeeee

Zana Adieyza->Yang tukang masak pun first time ni makan sup tulang hangit. Hahahahaa

anymz said...

nampak cam okay je tu lieya...hehehe

dalila said...

sedapnya.... nampak menarik... :)

Juwita Jamaludin said...

Sup tulang sedap.. kalau tak makan dengan nasi makan dengan bihun pun terangkat..:)

Lieya said...

Anymz->He he ok takkannnn tak ok!!!

Dela & Juwita->Sedappp... makan ngan roti pun sedappp

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

hangit penuh kaseh sayang x per....mesti sedap gak jadiknyer nanty ngeeee

Izza - Jiejah said...

HEHEHE hangit pun look yummy ..

Izza - Jiejah said...

HEHEHE hangit pun look yummy ..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.