~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

When His Wife Sick

Selamat malam untuk semua. Ohhh kejap-kejap aku nak membuang hingus jap, srootttt srooottttt... heeeee.. jangan nak geli-geli yeee, korang kalau sesema pun macam tu jugaklah gayanya. Tak tentu harah idup nak membuang hingus. Eiiiuuuuwwww.....
Ngapa??? Alahaiii tak reti-reti lagi!!! Kalau dah begitu ye aku tengah tak sihat, hatcuuuu hatcuuuu... haaa bersinlah pulak!!! Pakej baikkkk punye aku dapat ni ha. Demam, selsema juga batuk-batuk, ini gara-gara menjangkit En. Hubbylah ni. Tekak gatai mak oiiiii, rasa macam nak amik je penggaru kayu yang macam garfu tu haa masukkan kat tekak pastu garu kuat-kuat sekali pakej dengan hidung gatai merenyam macam orang rendung lepas makan belacan. Adehhhh sabooo jelaaa...

Balik-balik kije badan lepak tahap gaban, terus landing kat depan tv melepek macam ayam berak kapur. Sebelum tu sempat menjeling atas meja, wahhhh ade nampak 2 tudung saji telah bertutup pastu nasi pun telah ditenggek pakai periuk karen. Best best besttt pasal hari ni En. Hubby telah memasak, so takyahlah aku kelam kabut nak memasak dengan badan letih macam ni. Macamlah buat keje berat sangatkan!!!! Hahahahaa.... Tengah-tengah baring nampak En. Hubby tengah kemas-kemas dapur, pastu selesai dia datang dekat rasa dahi aku. Aiskk cam tau-tau je wifenye ni domam. Hehehee...

En. Hubby,"Iskk demam ni yang, pegi mandi pastu kite makan ye cyg dah masak".
Cik Puan,"Alaaa tak laratlah nak naik tangga, lagi pun sejukkkkkkkk".
En. Hubby,"Bangunnlaaa mandi, badan panas sangat ni mana boleh tak mandi... dah bangun".
Cik Puan,"Dokongggggggg....".
En. Hubby,"Aduhaiiiiiiiii....".

Ngeluh-ngeluh pun, diangkat jugak wifenye naik ke tingkat atas. Hehehe inilah masanya untuk bermanja dengan En. Hubby. Yihaaaaaa....Lepas mandi, solat dengan lajunya turun ke dapur dan terus duduk di meja. Yeahhhh semua dah siap, best best bestttt... So menu untuk hari ini, En. Hubby yang masak. Resepinya??? Mmmm nanti aku tanye En. Hubby dengan details apekah bahan-bahan yang digunakan yeeee. Hahahahhhaa

Sambal Cili Telur

Megi Goreng
Syukurr alhamdulillah kerana Allah telah menyatukan aku dengan En. Hubby. Dia sangat prihatin bila aku sakit, bukanlah time aku sakit je dia prihatin. Tapi lebihlah sikit prihatinnya bile time wifenya ni sakit. Hehehehe... Pastu en. hubby seorang yang rajin gak membantu wifenya ni di dapur dan time diperlukan bantuan. Walaupun kengkadang sakit hati aku ngan en. hubby ni pasal dia suke loyar buruk. Masak pun boleh tahan sedapnya walaupun kadang-kadang suke merapu masak yang bukan-bukan. Hehehehe....
My dear en. hubby, i love u forever and ever. Semoga Allah melindungi, merahmati, memberi kebahagiaan dan mengekalkan perkahwinan kite ni hingga ke dunia yang kenal abadi. Semoga yang terbaik untuk kite. InsyaAllahhhhhh... Amin....

2 Ng0mel-ng0mel:

Kak Amy said...

lame dah x rasa telur cam tue....

Lieya said...

Ape kata lepas ni Amy masak telur macam tu... ehehehe

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.