~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Pau Goreng Sambal Ikan Bilis

Ohhh semalam hari tensionnnn aku kepada blog aku, NGAPA??? Pasal dari pagi bawak ke petang, aku tak boleh login. Mau tak tension... tak tahulah sebab semua orang tak leh login atau saje kampeni aku blok blogspot semalam. Sangat tak patutkan kalau blog pun nak blok jugak!!! Udahlah fb diblok, takkan diari maya pun nak blok jugak. Mauuuu budak-budak opis aku tak meroyan semalam. Hu hu hu... tapi nasib baik hari ni dah ok.

Oraittt hari ni aku mau tepek hasil kejadian aku membuat pau goreng ahad lepas. Macam-macam saiz macam-macam kaler ade...


Macam-macam rupa ade haaa....
PAU GORENG SAMBAL a.k.a BURGER MALAYSIA

Bahan-bahannya :-D
  • 1 kg Tepung Gandum
  • 2 sb Gula
  • 2 sb Susu Pekat
  • 2 sb Marjerin @ Butter @ Minyak
  • 1/4 sk Garam
  • 1 bungkus Mauripan
  • Air Suam secukupnya

Cara-caranya :-D
  1. Bancuh mauripan dengan air suam, susu dan gula kemudian ketepikan.
  2. Satukan tepung, garam dan majerin kemudian gaul hingga rata.
  3. Tuang bancuhan mauripan tadi dan gaul sehingga rata, tambahkan air secukupnya untuk mendapatkan doh yang tidak melekat di tangan.
  4. Bila adunan telah menjadi doh yang sempurna tutup mangkuk adunan dengan dulang dan biarkan hingga doh naik 2 kali ganda.
  5. Bila doh dah naik, tumbuk doh untuk keluarkan angin lepas tu barulah bentukkan doh mengikut saiz yang disukai.
  6. Kemudian goreng sehingga garing angkat dan biarkan sejuk.
  7. Belah pau tapi jangan sampai terbelah 2 kemudian masukkan timun dan sambal bilis. 
  8. Sedia untuk dihidang.....


    Camne masak sambal ikan bilis???? Ooooohhh sonang ajee... meh sini aku ajar, tapi ini sambal ikan bilis style aku lah. Lain orang lain caranyakan plusss hasil pertanyaan-pertanyaan aku kat orang yang lebih terror memasak dari aku. Hehehehe...




    SAMBAL IKAN BILIS


    Bahan-bahannya :-D
    • 1 1/2 genggam Ikan Bilis (buang perotnya yeeee) 
    • 1 genggam Lada Kering
    • 3 bj Bawang Besar (2 bj kisar & 1 bj potong bulat)
    • 3 bj Bawang Putih 
    • 1 inchi Belacan
    • Air Asam Jawa
    • Gula
    • Garam
    • Minyak
    ***Kisar bawang, bawang putih, lada kering, belacan dan 2 sudu ikan bilis goreng

    Cara-caranya ;-D
    1. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
    2. Tumiskan bahan kisar hingga garing atau sehingga pecah minyak. (*kalau nak cepat garing masukkan gula awal-awal tapi pastikan api dikecilkan dan sentiasa dikacau supaya tidak hangus)
    3. Masukkan gula, garam dan air asam jawa gaul rata.
    4. Masukkan bawang yang telah dihiris bulat-bulat.
    5. Tutup api dan masukkan ikan bilis dan gaul sehingga rata.



    3 Ng0mel-ng0mel:

    aTy _faRed~ said...

    kalau buat sendiri tak selera nak makan..kalau orang buatkan baru suker giler nak bedall..heheh ;p

    Hanis MY said...

    ya ampunnn sedapnya terliur dh ni...

    Mamasya said...

    Aslmkum Lieya.dtg jamu mata dg pau goreng tu.
    re; akak dah balik semula ke Cairo...cuti 3 minggu je kat Msia.

     
    Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

    Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

    Usage Rights

    DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.