~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Nurse HSA yg CUAI

Kenapa ye manusia zaman sekarang nie sepertinya tidak berperikemanusiaan. Tega melakukan sesuatu tanpa mengira impaknya terhadap orang yg menerima. Pengalaman aku minggu lepas, 23 Ogos 2009 pukul 6.30 petang aku sekeluarga menerima perkhabaran yg sangat mengejutkan. Makcik aku yg sememangnya sakit telah meninggal dunia. Bukan aku tidak menerima pemergiannya, aku reda cume tindakan pihak HSA yg tidak memberitahu waris tentang pemergiannya yg sangat aku kesalkan. Sungguh aku cukup kesal, malahan bukan aku saje sape2 yg mendengar pasti akan marah dengan tindakan kakitangan HSA yg aku kire bekerja sambil lewa.

Arwah telah kembali ke rahmatullah lebih kurang pada pukul 5.30 petang hari sabtu (22 Ogos 2009), tapi anak2 dan suami Arwah hanya mendapat tahu tentang pemergiannya pada hari ahad pukul 5.00 petang semasa mereka semua hendak melawat Arwah. Korang bayangkan perasaan anak2 dan suami arwah ketika mendapat perkabaran itu. Pakcik aku bertanya dgn Nurse yg bertugas ketika itu, namun Nurse itu memberi alasan yg dia telah memaklumkan pada pihak polis utk mencari waris Arwah. Persoalannya disini mengapa Nurse tu memaklumkan pada polis??? Adakah warisnya adalah polis sedangkan ketika membuat pendaftaran awal2 lagi keluarga Arwah telah meninggalkan 3 no telefon beserta alamat lengkap kepada pihak HSA jika berlaku apa2 kejadian. Tetapi pihak HSA langsung takde menelefon keluarga Arwah untuk memaklumkan pemergian Arwah. Menurut beberapa org penduduk kampung sebelah pada mlm sabtu itu, mmg polis ada datang mencari rumah Khatijah Husin, tetapi masalahnye Arwah bernama Azizah Md Yasin. Korang tengok bagaimana mereka melakukan tugas. Nama yg diberi langsung tiada kaitan dgn Arwah.

Korang mesti tertanye2 kenapa anak2 Arwah tidak menjaga Arwah. Untuk pengetahuan korang Makcik aku tu suspek H1N1 memandangkan badan Arwah panas terlalu tinggi hingga menyebabkan Arwah meracau2. Namun penyakit sebenar yg sedang menyerang Arwah pada ketika itu ialah sakit jantung, kencing manis dan pembuluh pernafasannya tersumbat. Jadi tak seorang pun anak2nya dibenarkan utk menjaga, dan memandangkan pada hari sabtu tu adalah puasa pertama, keluarga Arwah pulang ke rumah untuk memenuhi amanat Arwah untuk membuat kenduri pada puasa pertama serta menyambut puasa dirumahnya dan kerana itulah tiada seorang pun yg menunggu diluar wad seperti kebiasaan yg mereka lakukan semenjak Arwah dimasukkan ke HSA.

Susah aku nak menceritakan kesedihan yg menyelubungi kami ketika itu. Kenapa sewenang-wenangnya pihak HSA @ lebih tepat lagi Nurse yg bertugas ketika itu mengambil jalan mudah dgn hanye membuat report pada pihak polis, dan kemudian terus menghantar Arwah ke bilik mayat. Adakah ini misi dan visi yg mereka agung2kan??? Jika ini berlaku pada ahli keluarga mereka, mungkin mereka baru sedar betapa pentingnya untuk memaklumkan kejadian seperti ini pada waris yg ade.

-Al-Fatiha untuk Arwah Azizah Binti Md Yasin-

2 Ng0mel-ng0mel:

Umie said...

Al-Fatihah untuk arwah makcik ko.. buatlah surat aduan kepada pengarah hospital tu supaya perkara macam nie tak jadi lagi.. bukan niat nak hukum orang (nurse terbabit) tapi sekadar teguran untuk mutu & nama baik hospital.. aku sure pengarah hospital akan reply balik to ur family.. ;-)

Lieya said...

Itu laaa.. aku dah ckp kat kuarga Arwah, aku x tau la dia orang buat ke idak. Nanti aku balik kg aku tanye. Kalau xbuat aku yg akan buat, thanks Umie coz bg cadangan.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.