~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Asam Pedas Lada Hitam

Hari ni kul 5.19 pagi dah sedar, skang ni rajin benar aku sedar awal. Bagus gak tp tak bagusnya nanti kat opis mengantuk tahap gaban. Udah tu meroyan mencari kopi Cik Patimah, takde pastu bedal ape-apa kopi janji hilang ngantuk aku. Hu hu.... Dah tu sambung balik tido, kekonon nak menyambung tp kalau dah mate tak mahu tido pejam lelama pun tak guna. Sudahnya bangun jugaklah kul 5.45 pagi.

Lepas siap-siap turun ke dapur menjalankan rutin harian. Dalam kepala tak tahu dah nak masak apa, padahal buku Chef Hanieliza betepek tepi tv, nak bukak cek tenet lg lah punya pemalas

, so decide nak masak ikan sambal cili je. Tengah-tengah menggoreng bihun dan ikan, tiba-tiba otak rasa nak tukar menu pulak. Bolehhh gitu!!! Tekak teringin pulak nak makan Asam Pedas Lada Hitam, terus sediakan bahannya. Sekali tengok-tengok halia takde serai pun takde.

Dah alang-alang menukar menu aku redhokan jelah kalau asam pedas lada hitam aku tak menjadi. Masa menyelongkar mr. peti sejuk ternampak pulak si daun kunyit, so blasah pakai daun kunyit tu untuk gantikan serai. Sekali lagi aku redho. Hahahaha... Suka-suka hati aku jekan menderhaka ngan resepi Kak Liza. Mintak hampunnn la kak oiiii...Heeee adik tak sengaja tp terpaksa... tp takpekan kak sesekali menderhaka, kikikikiii... yang penting hasilnya meletop jugak.

Tu dia bekalan aku, tak sempat lunch hour aku dah bedal. Kul 10.30 pagi ok aku dah kebulur... So bile dah kebulur apa tunggu lagi, ngap ngap ngap depan pc, nasiblah bos dpt staff mcm aku ni...

Bahan-bahan :-D

  • 6 ekor ikan Kembung
  • 2 biji tomato (potong 4)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Air secukupnya (untuk kuah)
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
  • Daun sup (potong pendek) *tak letak
  • 2 batang Serai (diketuk) *tak letak
  • 1 helai Daun Kunyit (hiris halus) *suke hati tambah psl kononnye gantikan serai
Bahan dikisar :-D
  • 15 biji cili api
  • 2 s/b lada hitam
  • 1 inchi halia* tak letak jugak psl stok habis
  • 1 inchi kunyit hidup
  • 1 inchi belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah (2 biji bawang besar)
Cara-cara ;-D
  1. Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam kemudian goreng sikit, jangan sampai garing.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan masak/garing.
  3. Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan, garam, daun serai dan buah tomato.
  5. Biarkan kuah reneh sehingga agak pekat.
  6. Sedia untuk di hidang.

3 Ng0mel-ng0mel:

So Shy Lady (SSL) said...

wah first time dgr rspi tu..... elok take brunch trus... thari bleh g wdw shopping ;D

Puan Awin said...

nampak menarik....
pe pun, thanx cz sudi follow blog saya yg x seberapa tu...

Lieya said...

So Shy Lady->resepinya senang sangat tp rasanya meletopssss....try jangan tak try

Cik Awin->Ahaaa memang menarikkk

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.