Hari ini merupakan lagi kejutan yang dibuat oleh Zelan. Alah macam Akademi Fantasia, setiap minggu seorang demi seorang akan dikeluarkan dari AF tu. Hehehheeh... Kat Zelan plak untuk kali nie lebih kurang 9 orang yang akan di terminate ujung bulan nie, erkk kesiannya kat mereka nie semua. Mereka semua di terminate pada hari kemerdekaan, kiranya hari kebebasan mereka daripada Zelan nie. Tapi dalam kebebasan mereka nie, aku tau ade antara mereka yang bersedih kerana kehilangan pekerjaan. Bukan kerana kerja mereka tak bagus atau sebab mereka nie suka mengular or what. Tapi kerana Zelan dah nak abis keje kat Tanjung Bin Site nie. Ke mana lah dia orang nak pegi selepas ini. Nasib mereka kan, dah tentu tahu skang. Tapi nasib aku dan yang lain-lain yang masih di sini, masih tak diketahui.
Lepas nie kalau nak minum air, kene buat sendiri. Sebab Kak Ana antara orang pertama yang aku panggil untuk mengadap Mr. Yap.
Tok Rahim, lepas nie kene duduk uma. Tak ape lah, sebab Tok Rahim pun dah lanjut usia ape. Lagi pun anak-anak pun dah besar, Tok Rahim pun dah kaye kan... So nothing worry bout Tok Rahim nie. Lagi pun boleh cool down kan Tok punye cite panasss...
Hj Ibrahim, lepas nie Aji kene cari keje lain. Tapi aku rase pun tak menjadi masalah pada Aji nie untuk mencari keje. Sebab dia banyakkk sangat xperiencenye. Treng treng trenggg... cume lepas nie takde lagi lah yang akan teman budak kecik pegi and balik keje.
Kak Upek, lepas nie takde lagi akak cleaner yang akan tolon aku sapu sampah ngan buang sampah. Pastu Kak Ina pun dah takleh nak jadi Kak Upek sebab kak Upek pun dah nak berenti. Jadi Kak Ina kene cari orang lain lah pulak.
Mak, lepas nie takde lagi orang yang boleh di panggil mak kat ofis nie. Takde lagi yg akan tolon lap meja aku, walaupun sesekali aku mintak mak tolon lap meja aku. Takde lagi yang akan bawak kan aku pisang goreng, sukun goreng lagi best ubi rebus dengan sambal belacan. Mesti semua orang akan rindu dengan ubi rebus and sambal belacan mak.
Din Piling, lepas nie takde lagi orang yang akan hantar P.R kat aku. and hilang lah panggilan Din piling selepas ini.
Ecah, lepas nie mesti aku kene copy drawing sendiri. Dah takleh lagi nak mintak Ecah copy kan drawing yang besar-besar untuk aku.
Izah, iskkk yang nie lagi kecian. Assistant aku, lepas nie semua keje akan aku lakukan sendiri seperti mula-mula aku masuk keje dolu. Tu tak menjadi masalah pada aku. Tapi kesian kat dia sebab dia dah nak kawin, mesti nak pakai duit banyak. Tapi tak ape kot, sebab Kicap boleh support dia. hehehehehhh...
Uncle Lai, lepas nie semua pengguna-pengguna crane Zelan kene betulkan crane sendiri kalau crane tu rocak. Jangan cari Uncle Lai lagi sebab dia dah kene terminate macam kawan-kawan yang di atas nuuuu....