~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Gempa Bumi vs Tsunami

INFO TERKINI GEMPA BUMI: RABU 27 OKTOBER 2010 12.33 pm: Gempa bumi lemah bermagnitud 4.9 skala Richter telah berlaku di Barat Daya, Sumatera,Indonesia. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 3.5 Selatan longitud 99.6 timur - 712km dari Barat daya Melaka.

Berita ini telah menggemparkan seluruh dunia yg berlaku isnin lalu apabila berlakunya gempa bumi berserta gunung merapi telah mencetuskan tsunami yg berukuran setinggi 7.7 skala Richter di Barat Indonesia dan telah menyebabkan beratus2 org maut dan hilang dalam bencana alam ini. Namun setakat ini masih belum ade rakyat Malaysia yg dikatakan hilang. Itu yg disahkan oleh kedutaan Malaysia setakat nie. Aku bersyukur kerana aku dilahirkan di Malaysia, tiada gempa bumi tiada gunung berapi, tiada peperangan ganaz, seperti mana di negara-negara luar sane. Syukur alhamdulillah... Moga Allah sentiasa memberkati dan memelihara rakyat di Malaysia ini agar kite hidup aman dan damai.

Bila kuar pasal berita gempa bumi nie terus aku teringat tragedi 6 tahun lepas (26 Disember 2004), dimana gempa bumi 9.1 skala Richter di Aceh yang mencetuskan tsunami besar di lautan Hindi hingga meragut 230,000 nyawa di berpuluh negara tak terkecuali Malaysia. Masa hari kejadian aku sedang bercuti bersama keluarga kat Penang. Pada pagi hari kejadian aku baru sampai kat Batu Feringgi yg dikatekan pantainya cantik dan bersih.

Namun apa yg digembar-gemburkan oleh rakan aku, ternyata tidak benar sama sekali. Dari pandangan aku ketika itu, air lautnya sangat la kotor, busuk dan ombaknya yg sangat kuat sehingga mampu menumbangkan mak aku. Percaya atau tidak itulah yg kami hadapi. Mak aku siap jumpe rantai org india lagi, seriuss aku tak tipu. Tapi pagi tu aku tak mandilah, pasal aku dah penat sangat drive dr JB ke Penang, aku hanya bermain di gigi air kemudian aku tidur ditepi pantai tu je. Hanya mak, makcik juga sepupu2 aku saje yg mandi kat pantai Batu Feringgi tu.

Selepas beberapa jam kami kat pandai tu, kami pun bergerak mencari kedai makanan. Selepas makan, ketika dalam perjalanan pulang ke apartment yg kami sewa, pandangan kami tertumpu pd gelombang-gelombang ombak yg sangat besar berwarna hitam dan tinggi. Masing2 di dalam kereta memberhentikan kenderaan tak terkecuali aku, melihat dengan mata kepala sendiri kejadian di hadapan mata.Pada sangkaan kami itu fenomena biasa yg berlaku di situ. Beberapa ketika aku nampak beberapa org berkejaran, menangis mendukung anak masing2 yg lemas, muka kebiruan perot pun dah buncit. Ada yg menangis berkejaran mencari anak yg dah ditelan ombak hitam.

Beberapa minit berlalu kami semua pulang ke apartment yg di sewa. Terus kami membuka tv untuk mengetahui kejadian sebenar. T.S.U.N.A.M.I... ya itulah perkataan pertama yg keluar dr mulut aku. Bunyi ambulans berulang alik di sepanjang jalan Batu Feringgi itu.

Bila berita di tv mengatakan sekumpulan adik-beradik hilang di telan ombak, kami mengucap panjang. Kerana apa??? Kerana berdekatan kumpulan adik-beradik itulah keluarga aku mandi, dan berdekatan merekalah aku, abg, nenek dan pancik ku duduk. Subhanallah Maha Suci Allah yg melindungi kami sekeluarga. Aku benar2 bersyukur kerana Allah memanjang usia kami sekeluarga dan takziah kpd keluarga yg telah tiada.

Selepas kejadian itu lama kami tidak mendekati laut. Fobia rasanya... Kalau dulu kami sekeluarga sentiasa berpiknik di tepian pantai juga bermandi-manda.

Semoga mereka di Indonesia yg ditimpa ujian dari Allah ini, dilindungi oleh Allah S.W.T. dan pada yg telah terkorban marilah sama2 kite sedekahkan Al-Fatihah dan marilah sama2 kite memberi bantuan kepada mereka.

Mandi Lulur di Rumah

Wahhh dengar je mandi lulur kompom korang semua sukakan, dan pastinya yg bakal jadi raja sehari nie la yg paling suka, kan kan kannnn... Haaa jangan nak tipu, tipu tu dosa ok. So meh sini aku ajar korang camne nak mandi lulur dengan cara paling mudah dan yg murah punye. Tak payah nak pegi ke saloon bagai, nie korang buat sendiri je kat uma, and ofkos dlm bilik mandi la yerk. Jangan korang pegi buat kat bilik tido plak, mau berlendir bilik korang nanti.

Ok langkah pertama yg perlu korang ada ialah sebiji kelapa parut. Mana nak dapat??? Tak reti2 pegi beli kat kedai. Kalau terlebih rajin tu bolehlah parut sendiri. Macam aku nie yg terlebey M nya, wajiblah aku membeli kat kedai and kene plak kat kawasan aku tinggal sebatang pokok kelapa pun xde. Kalau kat uma mak aku tu, ofkos laa bergayut2 buah kelapa kat pokoknye. Itu pun aku men tengok je.. xde rajinnye aku nak kukur or nak pegi parut sendiri kelapa tu, even uma aku ade mesin parut kelapa.

Haaa nak buat ape ngan kelapa parut nie, ok time korang mandi tu selepas korang dah kembangkan daki2 kat badan korangkan, silalah lumur kelapa parut tu ke seluruh badan korang jangan dilupa rambut korang sekali. Sementara melumur tu biarkan kelapa parut tu meresap kat rambut & kulit kepala. Korang tentu taukan khasiat santan kelapa utk rambut. Selain menguatkan rambut santan kelapa ini juga akan melebatkan dan menghitamkan rambut korang. Tp pada mereka yg mewarnakan rambut tu, xyahlah korang lumur kat rambut sekali. Cukup korang tenyeh2 kat badan korang je.

Lepas korang menyental badan korang, barulah korang mandi seperti biasa. Jangan lupe plak pakai sabun and syampoo. Ade berbau kelapa plak korang nanti kalau tak memakainya. Pastu jangan nak salahkan aku plak yeeee... After that korang akan rase betapa lembuuuuttttnya kulit korang. Seriuss aku tak tipu, ini petua yg mak aku suruh pakai sejak dr bulan lepas lagi. Aku je yg terlebih rajin nak membuatnya. Hehehee... tp skang nie dah nak kahwinkan kenelah betul2 merajinkan diri ngan bende2 nie semua. Sepatah kate makcik aku, orang nak kahwin nie kene rajin membelai badan ngan muka. Barulah naik pelamin nanti berseri2. So dlm seminggu korang buat la dalam 2 or 3 kali. Pastinya korang akan dapat hasil yg sangat menakjubkan.

Pada yg tak kenal kelapa parut meh tengok kat bawah nie aku tunjukkan gambarnya...

Inilah yg dipanggil kelapa parut ye kawan2... Original from coconut

Ini kelapa parut dlm tin, tp jangan guna yg ini.

***picca from wikipedia, SELAMAT MENCUBA....

Oohh s0 sweEt

picca from ZaifieZainal
Cantek tak??? Opssss sorry, pertanyaan aku bukan kepada pasangan 2 sej0li ini. Heeee tp lebih kepada warna baju yg dipakai oleh si pengantin.

Arghhhh cantekkkan kalernye?? Ini kaler Aqua kan, kan kan kan... for the 1st place aku mau pakai kaler ini for my wedding. Tapiiiii kebanyakkan bridal yg aku panjat kat Pontian tu idak la ade kaler2 begini. Kalau kaler biru biasa, turqoise, biru lembut itu adalah.

Aiseyyy bestnye kalau dapat kaler ini. Mak aku soh amik kaler kuning. Kawan aku plak ade yg soh amik kaler merah or maroon. Tapi hendaklah aku menyedarkan diri dan juga kotak pikiran aku bahawasanya ton kulit aku idaklah berapa sesuai ngan kaler2 yg garang merah menyala ini. Maka tersedarlah aku dari lamunan. Heeeeeeee... Ooooo aku takut wooo mau pakai kaler merah. Mau kene panah aku nanti. Heeee lagiii....

Ape pun i really love this colour. Oooo tolonlah aku wahai butik andamanku, adakanlah kaler seperti ini. AKU MERAYU SESUNGGUH HATI. sahhh mmg aku meroyan ngan kaler ini.ngeeeeeeee

Jerebu & Udara

Hari ni dah hari kebarapa jerebu ehh?? Mmmm tengok mcm dah xde dah, mcm dah clear je kan tahap udara kat luar sane. Itu dr pandangan mata kasar aku la... heeee...

Syukur alhamdulillah kerana Allah telah menurunkan hujan, hujan adalah penawar terbaik time jerebu mcm nie. Kalau xde hujan kompom alamat lambatlah tahap kebersihan udara nak pulih seperti sediakala, walaupun waimahnyeeeeee.... tahap pencemaran udara skang nie semakin menjadi2 dan bile terjadinya hujan asid.

Pernah tak terpikir semua nie??? Meh kite tengok pulak punca2 pencemaran udara.

pelepasan asap dari kilang

Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar.

Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.

Pembakaran secara haram

Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat. Nie kalau kt kg mmg kompom membakar sesuka hati, tp xdela secara besar2an.

Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan.

Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi 'asap'. Masih ingat lagi kes nie??? dimana

kerajaan mengisytiharkan darurat di Sarawak apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 650. Jerebu pada tahun itu disebabkan oleh pembakaran hutan seluas 600,000 hektar di Indonesia.

Asap dr kenderaan

Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya (akulah salah seorang drpd masyarakat moden itu, heeee). Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk.

Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan kenderaan di jalan raya dijangka akan meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2020, namum dijangka juga akan mencapai angka itu lebih awal.

Akibatnyee ape yg kite dpt????

Bahan tercemar yg terperangkap di udara akan memasuki hidung atau mulut kita dan seterusnya paru2 melalui trakea. Karbon monoksida adalah gas yg akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dlm darah yg menyebabkan paru2 terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah.

***semua picca adalah hasil google meng'google

Rounding2 di Wedding & Beauty Fair, Danga City Mall

Yahhhh smlm aku telah berjaya mengheret my other-half pegi ke Wedding Fair 2010, yg dibuat kat sebelah Danga City Mall (DCM) iaitu di dalam bangunan Expo. Gilee koo.. nampak sangat aku dah lama x pegi DCM nie, last aku pegi tapak bangunan expo nie adalah parking lot (xcaye??sila tengok picca yg aku tepek kat bawah tu).
picca from j-travel, dec 2008

Apsal mase aku melilau kat JB aku xpenah pasan langsung bangunan expo ni eh, rase2nye baru minggu lepas aku melilau sakan depan DCM nie. Isk isk iskkkkk...

Meh tengok bawah tu.. itu gambo dr jauhhhh jee... mase aku tengah feeling2 landing kat kusi ala2 ogawa kat DCM. Mase kat dlm expo tu, lupe plak nak snap2 picca. Camne x lupe kalau dah ramai sangat org pastu memasing panggil soh masuk tempat dia org. Naik mening kepala kite org.

Hokeyyy ini hasil kutipan yg aku ngan my other-half buat. Jenuhhhh dok kat dlm expo tu. Mate pening, kepala pusing melihat suasana juga pelbagai andaman melayu cina india, fotographer, kad jemputan, uma, makanan kesihatan, sourvenir, baju kawin and so on. Pendek kate macam2 adoooo...

Semalam kite orang just tempah kad jemputan je, tu pun tak banyak just 500 keping je. Tempah 500 keping and kite org dpt free 1 bunting besar or 4 bunting kecik, pilihlah mana suka. Utk org2 kg aku buat and cetak sendiri je pasal nak cut cost, ade ke pengalaman aku membuat kad jemputan?? Oooo dunt worry pasal dolu2 kad jemputan abg2 aku, pakcik makcik juga spupu2 aku, semua aku buatkan. So sampai time sendiri pun aku akan buat sendiri.

Heee nak kawin nie semua nak kene budget budget budget. Jika idakkk alamat lepas kawin dok bawah jambatan makan pasir la gamaknya kami ber2, iskkk selisihhhhh. Kecuali pd mereka2 yg mmg berkemampuan juga mmg dikalangan org berada. Mcm kami nie dikategorikan org2 biasa je, idak la susah sangat and idak la senang sangat. So ape yg boleh kami budget, kami akan budget.

kan aku cakap mcm2 adeeee

So after dah menat mengumpul segala ketas metas nie, dah menat pot pet pot pet ngan vendor bagai, kite org pun terus melarikan diri dari mereka2 yg sebok nak mengumpul & mempromote. Kite org bagi chann punye. Pastu usaha meregangkan otot tanpa bersenam. Heeeeeee

My other-half sangat suke kerusi ini, dia kate mau beli 1 nanti letak kat uma. Ha ha ha

Sangat menat ok bercakap ngan vendor2 yg ade, otak juge sangat menat berfikir itu dan ini. Skang masanya kite meregangkan otot...

Ape pun aku tersangatlah happy meluangkan masa bersama my other-half mencuci mate di karnival Johor Wedding & Beauty Fair 2010 ituuu...

Cik Anita Songeh Giveaway

Giveway paling mudah, jom join reramai
Syarat penyertaan sangat mudah:
  1. Follow "Cik Anita punya belog" (tak wajib, tp utk memudahkan update dari Cik Anita)
  2. Perlu ada entry baru dan link kepada belog ini.
  3. Tajuk entry is : Cik Anita Songeh Giveaway.
  4. Lepas dah join, sila komen di Cik Anita. Biar mudah nak jejak nanti. Jangan di chat box ye. Nanti susah Cik Anita nak kesan.
  5. Kalau rajin sila buat sticky post :)
  6. angan lupa tag DUA orang rakan. Pastikan mereka tahu.
  7. Letakkan banner buruk Cik Anita di side bar. :)
Skang mau tag 2 org kawan2 ku...
  1. BondaDadif
  2. AmySyaquena
Yahh itu saje.. tersangatla mudahkannnn....

Johor Wedding & Beauty Fair' 2010

picca from WeddingFair

Ullalaaaa... last month aku penah nampak banner nie kat highway Pasir Gudang, just sekali pandang jerk laaa.. then aku ingat wedding fair nie dah lepas, rupe2 idakkkk... mana aku tau belum lepas??? Haaaaa last monday mase lalu highway Pasir Gudang, agains aku ternampak la banner nie.

He he heee... so ahad nie haruslah aku terjah Danga City Mall dan heret my other-half sekali. Mana la tau kot ade package photographer yg best2 kannn... heeeeee waiting for the date... c0ol...

Jerebu o0o Jerebu

Aiskkkk skang nie kebanyakan negara, negeri juga daerah dilanda jerebu. Lagi2 kat Muar, sape2 tengok or bace berita smlm tau la bagaimana tahap pencemaran udara di Muar sampaikan TPM menasihatkan agar sekolah2 di Muar ditutup untuk keselamatan semua pihak.

Hari nie, Singapura pula dikatakan dilanda teruk oleh jerebu sampaikan hotel Marina Bay Sands yg setinggi 55 tingkat tu dikatekan kabur dr pandangan biasa.

Kat tempat aku plak, aku kire taklah sampai tahap membahayakan mcm di Singapura dan Muar. Masih boleh nampak lagilahh.. tp langkah berjaga2 tu mesti ade. Jadi aku nasihatkan kpd pekerja2 yg bertugas diluar bangunan, silalah pakai penutup mulut spy korang x terlebih menghidu udara kotor.

Tiru mcm sayaa... (",)

Nie gambar pg td, mase otw nak masuk opis aku

Nie gambar belakang opis aku

Nie pun gambar belakang opis aku, Ledang heights

Sedikit berita dr Harian Metro Hari ini;

SINGAPURA: Jerebu yang melanda sebahagian kawasan di Malaysia khasnya di Johor kini melanda Singapura, dan kian bertambah buruk dalam masa beberapa jam sahaja.

Keseluruhan pulau republik ini hari ini berkabus dan langit khasnya di kawasan Marina Bay di mana bangunan tinggi seperti Maybank setinggi 32 tingkat dan Hotel Marina Bay Sands setinggi setinggi 55 tingkat, penglihatan tidak berapa jelas disebabkan jerebu tebal.

Pusat bandar raya juga tidak ketinggalan di mana kawasan seperti dalam dan sekitar kawasan pelancong di sepanjang Orchard Road kelihatan berkabus dengan jerebu.

Semalam, Indeks Mutu Pencemaran (PSI) mencecah sekitar 80, menyebabkan kualiti udara di sekitar pulau ini yang paling teruk, yang pernah dicatatkan sejak jerebu buruk berlaku berpunca dari Sumatera, Indonesia.

Berita dr HarianMetro semalam,

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan pihak pentadbiran sekolah di daerah Muar, Johor untuk menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya di daerah itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan situasi jerebu yang berlaku memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar.

"Kalau ia sudah sampai tahap bahaya, maka pihak pentadbiran, pengetua atau guru besar sekolah boleh mengambil langkah untuk menutup sekolah untuk sementara.

"Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup, sehingga situasinya bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar, di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Masalah jerebu di daerah Muar yang berlarutan sejak beberapa hari lalu bertambah serius apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu pada 11 pagi tadi mencecah tahap 432, iaitu dalam kategori bahaya.

--------------------->>>>>(",)<<<<<----------------------

Pengantin Perempuan Lari Tak Mahu Nikah

(picca from MyMetro)

KUANTAN:Kehilangan Rozaliya Mat Lazim, 20, yang bakal berkahwin pada 12 November ini sejak seminggu lalu, terjawab apabila beliau melarikan diri dan bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kerana enggan meneruskan perkahwinan dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24.

Gadis yang dikatakan hilang ketika membeli-belah kelengkapan perkahwinan di sebuah pusat beli-belah di sini bersama Mohd Helmi, Rabu lalu, bekerja di kedai serbaneka di ibu kota sejak dua hari lalu.

Rozaliya bagaimanapun dikesan jam 12.30 tengah hari semalam, selepas pengurus kedai serbaneka itu yang terlihat gambar Rozaliya dalam akhbar menghubungi polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini.

Bapanya, Mat Lazim Mat Ismail, 52, berkata anaknya memaklumkan perubahan sikap Mohd Helmi menjadi pemarah dan suka mengongkong membuatkan Rozaliya tawar hati dan memutuskan melarikan diri bagi mengelak perkahwinan diteruskan.

Beliau berkata, berikutan tindakan yang diambil anaknya itu, keluarganya bersetuju membatalkan perkahwinan dirancang sebelum ini dan perkara berkenaan akan dibincangkan dengan lebih lanjut antara dua pihak.

"Mereka bertunang pada April tahun lalu selepas saling mengenali empat bulan.

"Rozaliya tawar hati untuk mengahwini Mohd Helmi lalu bertindak melarikan diri selepas takut dan tidak tahu bagaimana mahu memaklumkannya kepada keluarga," katanya ketika ditemui pada sidang media yang diatur di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, malam tadi.

(Picca from BharianOn9)

Hadir sama ialah Mohd Helmi dan beberapa ahli keluarga Rozaliya, manakala ibu Rozaliya, Sabariah Mansor, 42, tidak datang kerana kakinya dipatuk ular, Isnin lalu.

Rozaliya yang kelihatan sugul dan hanya menundukkan muka enggan ditemuramah dan hanya mendiamkan diri sepanjang sidang media berlangsung.

Terdahulu pada hari kejadian, mangsa dikatakan keluar dari rumah keluarganya dengan berpakaian blaus berwarna hitam dan seluar jeans gelap bersama Mohd Helmi kira-kira jam 11 pagi.

Selepas membeli-belah di sebuah kedai peralatan pengantin di sini, Mohd Helmi dikatakan terpaksa pulang ke pejabatnya di Bandar Cheneh Baru kerana terpaksa menyelesaikan satu urusan penting dan berjanji untuk menemui Rozaliya semula pada kira-kira jam 3 petang pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata Rozaliya pergi ke Kuala Lumpur sehelai sepinggang pada hari dia dilaporkan hilang.“Sebaik menerima maklumat, sekumpulan anggota polis bergegas ke kedai terbabit dan membawa pulang gadis berkenaan dan tiba di balai polis kira-kira jam 8 malam sebelum kita menghubungi keluarganya bagi memaklumkan penemuannya,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai pembatalan perkahwinannya, Mohd Helmi berkata, beliau menyerah perkara itu kepada kedua-dua pihak keluarga untuk membincangkannya.

"Saya maafkan dia (Rozaliya) atas apa yang berlaku. Saya memang sayangkan dan suka kepadanya, tapi selepas perkara ini saya tidak tahu nak gambarkan macam mana perasaan saya," katanya yang bersyukur Rozaliya ditemui semula dengan keadaan selamat.

------------->>>>> (",) <<<<<---------------------

Iskkkk mcm2 je kan skarang nie, tp bukan sekarang nie je berlaku perkara2 spt ni. Dr dulu lagi dah terjadinya kes2 mcm nie. Tengok jela drama2 kat tv or filem2 kat wayang sane. Kalau tak, xkan la penerbit, penulis segala buat cite2 mcm tu. Ye dak??? Biasanya ape yg kite tengok kat tv or wayang tu, itulah yg terjadi kat dunia luar nie. Sama ada kite perasan or tak jee.

Bile kes mcm nie berlaku sape nak disalahkan??? Nak salahkan 100% pengantin yg lari tu?? Tak adil bukan!!! Mesti mereka lari tu bersebab, so jangan la suke2 kite nak menuding jari pd mereka nie. Bila kite dah berkasih2an bercinta-cintun bagai, maka kite lebih mengenali pasangan kite berbanding org lain mahupun kuarga pasangan kite. Kannn!!! Betul tak apa yg aku cakap??? Potong kuku aku kalau ape yg aku cakap nie salah. Heeeeeee...

Ape pun, syukur alhamdulillah si Rozaliya nie dah selamat pulang ke pangkuan keluarga dia. Semoga dia buat keputusan yg terbaik utk kehidupan dia akan datang. Amin.....

Misi Survey Menyervey

Yahhh masih mau cerita pasal weekend yg lepas. Aku belum cite lagikan pasal aku ke Jalan Tar, Jalan Masjid India, Chow Kit bagaikan... Mase sampai KL tu dlm kul 12 tengahari jumaat, aku terus ke sane and parking kete kat Semua House. Ooo Semua House itu ape??? Meh tengokkk kat bawah niee...

Dari Jalan Masjid India ke Jalan Tar berpusing2 sampai mening kepala, pasal aku xtau mau beli ape. Boleh gitu!!! Hadoiiiii udahnye aku ajak family aku balik ke uma makcik aku kat Rawang. Then dlm kul 4.30 aku ajak balik mak ngan makcik aku pergi semula ke sane. Haaaa 1 kejekan men ulang alik. Hahahaaaa... kali nie aku nak cari Pasar Basah Chow Kit, xtually mase mula2 sampai aku dah pusing ke situ tp xjumpe pun pasar basah tu. Kali ke-2 misi mencari pasar basah nie pun x jumpe jugak. Tensennn k...

Pastu bile tak jumpe aku teruslah menuju ke Jalan Masjid India, park kat blakang Semua House je. Pasal kat situ after 4pm hanye rm5 sekali masuk utk hari biasa and RM7 on weekend.After parking terus aku p kedai2 yg terdpt kat lorong area situ. Biasalahkan korang tentu tau kat area situ banyak kedai2 kecik yg dibuka, cume pandai x pandai korang la mencari kedai yg boleh bg korang harga murah. So mase kat situ aku just beli 2 sejadah which is for aku and for my other-half, telekung ngan kain pelekat. Pastu aku terus jalan lagi sampai naik menat kaki aku and bepeluh. Bile dah jadi camtu aku terus ajak mak and makcik aku masuk ke Semua House. Misi utamaaa.. ahahaha sejukkan badan la kann...

Mase kat dlm Semua House tu pusing2 la cari baju utk dipakai time nikah. Aku mmg nak beli baju siap je, so xyah pening2 utk pikir hantar jahit ke ape ke kan. Pencarian akhirnya berjaya bile aku terjumpa 1 kedai yg menjual kain baju utk pengantin. Macam2 ade, korang nak baju berbuchi blink2, kain satin berbatu2, kain lace, veil, baju siap x siap, laki pompuan semua ada. Belek punye belek then aku terbekenan kat 1 baju satin yg berbatu2 merelip. Cume kaler pearl white or cream yg aku nak tu xde, aku amik kaler putih then terus try. Tengok2 ok and suit kat badan aku, terus beli tanpa berfikir panjang and aku minx dia tambah sikit batu2 kat kaki baju aku, settle 1 perkara. Tinggal cari kain utk my other-half, xtually kat situ ade gak baju melayu yg same kaler ngan baju aku, tp oleh kerana my other-half tak ikut so aku x berani nak belikan baju siap utk dia coz takut tak suit ngan dia plak.

Mcm kes aku, normally aku pakai size S tp mase try baju kurung moden yg aku beli tu aku kene pakai size M. Jadinye utk my other-half kene heret dia skali kalau nak belikan baju siap. Tapikan bile dah sampai uma, mmmm hati berkate... ok ke pakai baju nie time nikah nanti. Xtually ok sebenarnye, tp tulaaa kepuasan hati tu xberapa nak ade. Hahaha ok disini sudah dikire pembaziran telah berlaku yeee, sila jgn tiru care spt aku yg membeli tanpa berfikir panjang. Terasa dihati baju itu akan aku buat time bertandang je nanti. Hahahaha...Mau kene ceramah panjang ngan mak and my other-half nie. Warkkkk.... Ahhh nasibla badannn, terima jelaa...

Hari ahadnya pulak, pepagi dlm kul 10am aku gerak balik JB, but before that sempat lg berpusing kat Jalan Tar tu. Skali lg ko... ahahaha before tu aku masih gigih mencari pasar Chow Kit, pasar Chow Kit lagiiii and akhirnya misi pencarian aku berjaya. Setelah bertanye ngan spupu aku. First impression, aku ingat mcm la pasar basah kat Pontian nie ke kat JB ke, rupenye idakkk. Spt yg diwarning awal2 oleh blogger SayaHappySlalu.Heeee... Pasarnye sedikit huru-hara rasenye, ade ke pasar yg x huru hara?? Heeeee aku terus tuju ke Kedai Bunga Vivian. Untuk orang2 KL or yg berdekatan area KL maybe this is the best place if u want buy cheaper barang2 hantaran. Cume

korang terpaksalah menanggung bau2an yg beraroma terapi bagai. Heeee but for me, it's not a big deal...

(credit picca from SayaHappySlalu)

Pasal ape aku ckp mcm tu??? Haaa pasal kat Jb aku dah jumpe 2 kedai yg ala2 murah juga utk barang2 kawin nie. 1 kedai dekat2 dgn hotel pandan nama kedainye Sri Nona. Xtually kat area pasar borong pandan nie ade 3 kedai aksesori pengantin, tp dr ke-3 3 kedai nie, Sri Nona nie bg best price kat aku. Gubahan2 hantarannya pun cantek2 belaka, sorvenir, beg, bunga telur, bunga mmg byk pilihan pasal dia bukak 4 lot kedai (2 lot bawah & 2 lot atas. Pastu yg bestnye beg (beg ketas la) dia more cheaper dr kedai2 yg aku servey, just 28 sen per bag. Kat kedai bunga vivian pun dia bg 30sen if amik banyak.

Lepas tu if korang punye majlis lambat lg mcm aku nie, kedai nie boleh tolong simpankan utk korang and korang boleh bayar secara ansuran bulanan. Boleyyyy gituuu??? dannnn lagiiii utk waktu sekarang nie opening sessonkan, Sri Nona nie bg diskaun sampai 25% for each dozen barang yg korang nak beli. Gileekannn tp tu la diskaunnye xtau sampai bile, tokey kedai pun x tau sampai bile dia akan bg diskaun, katenye tengok sambutan. ahahaha.. apepun tokeynye sangatlaaa membantu and sangatlaa peramah ok. Mcm2 yg dia tunjuk kat aku eventho dia tau aku just nak servey2 je. Nak promosi kedai yg belum terkenalkannnnn... heeeee

(picca from shahayana)

1 lagi kedai yg agak murah utk barang2 kawin nie ialah kat Parit Sikom, Pontian. kedai nie mmg kebiasaannya mak aku pegi utk beli barang2 kawin utk spupu2 aku or sedara mara aku. Sampai auntie kedai tu pun dah kenal ngan mak aku walaupun dah lama mak aku xdtg. Harganya berpatutan laaa utk org2 di Pontian, more better dr korang nak p KL pastu nak hangkut segala barang balik ke Pontiankan. Xde plak gambar utk kedai nie yee. nanti bile aku pegi survey kedai nie aku snap la yerkk. Cume ape yg boleh aku katekan, kalau korang nak pegi kedai nie, korang just terus tuju ke Pekan Parit Sikom, Pontian. Alaa kedai kat situ bukan banyak pun, ala2 pekan koboi jee..pastu xdela sesak mane mcm kat KL tu haaa or bile korang dah sampai sane, just tanye ngan org2 kat situ di mana kedai Mimie, Mimie nie tokey kedai yg mak aku kenal tu la.

So barang2 such as bunga telur, beg, sorvenir belum lagi aku beli. Skang nie tengah survey2 dulu, nanti nak ajak mak aku tengok balik kat kedai Mimie Parit Sikom tu. Almaklumlah aku dah lame x ke sane, mcm mak aku bulan 5 tuh hari ade la dia pegi bawak makcik aku beli barang2 pengantin. Pastu aku akan bawak mak aku ke Sri Nona nie, harus mak aku pening kepala plak. Hahaha.. so utk u all yg dah nak sampai masenye ujung tahun nie ke awal tahun ke kan, bolehlah korang survey kat 2 tempat yg aku cakap nie. Macam aku nie ade lagi enam bulannn dr sekaranggg so kire lambat lagi la tu...

Yati & Mastura Engagement

Yahhh jumaat lepas aku telah terbang ke Rawang, ape kes aku ke sana?? Haa spupu aku bertunang 2 org sekali gus. 2 2 org perempuan okey... Wahhh senang keje mcm nie kan. So tugasan aku ialah make-up kan dia orang nie. Bidang terjun punye kes pasal dia org nie dah tau nak bertunang tp xmo tempah mak andam awal2. Seb baik ade aku, kalau idak korang make-up lah sendiri (wahhhh kerekk semacam jekan, mcm la terrer sgt make-up muke org hahaha).

Yahhh dgn pengalaman yg aku ade (sekali lg perasaan aku nie), aku pun tenyeh la muke dia org nie ikut suke hati aku. Hahahaha... aku dah warning awal2 kat depa nie kalau muke depa jd muke alien jgn nak salahkan aku. Tp dia org nie tetap degil, nak gak soh aku make-up and sanggup pertaruhkan muke dia org nie kat aku. Aku ape lagi... hantam kromo jerk laaa... zass zuss zasss sekali 2 org aku tenyehhh... haaa hamekkk ko... degil sangatkan...

Ini Yati, budaknye kecik molek mcm budak sek menengah pun ade. Muke dia jenis sensitip skit, tenyeh lebey skit habis naik merah2 pastu kulit muke dia agak kering same mcm badan dia yg kering kontang sekeping. Heeeeee

Ini pulak si adik, Mastura. Badan biasa2 xdela kering kontang mcm kakak dia tu. Kulit muke ok tp pimples naikk pasal stress nak bertunang cari mak andam xdpt2. Heee mandai je aku kan...

Skang meh kite tengok muke memasing selepas aku tenyeh ngan make-up yg aku ade + make-up yg dia org ade + make-up yg akak ipar dia org ade... Jadilah gini muke dia... ahahaha

|

|

|

V

Jengg

V

|

|

|

V

Jeng jeng jenggggggg

|

|

|

V

Taaaadaaaaaaaaaaaaaaa

Yah 2 org ditengah itulah yg sanggup pertaruhkan mukenye kat aku... heeeee

CUTEST BABY CONTEST bersama Sinar Raudah

Yahhh 1 kali lagi mau joint ini contest. Hahaha korang nak marah??? Marah laaa ade aku kesah, yg penting tuan punye contest (AmySyaquena) memberi keizinan utk aku joint asalkan en3 berlainan. Haaa kan kan kannnn.. aku dah follow the rules hokeyyyy... sila la jangan nak marah aku sesuke hati ye.

Nie dia gambarnyeeee... haaa syomelkann... nie anak kawan baik aku...

Nama : Mohd Aniq Zuhair bin Adli Azamin

Umur : 2 tahun 3 bulan

Nama Ibu : Zuhana Binti Saa'don

CUTEST BABY CONTEST bersama Sinar Raudah

Yahhhh aku mau joint ini contest eventho aku belum ade anak sendiri. Ha ha ha... ketawa penyamun dahhh nie... heee... Meh kite tepek byk2 gambo yg patut dipertaruhkan... tp oleh krn bersyarat maka kenelah wat en3 lain2 utk si c0mey yg lain... heeeee

Nie diaa anak sedara haku.... c0meykannn baru pas kuar spital time nie pasal paru2 berkuman. walaupun xberapa nak sihat tp masih mampu tersengeh ngan ketawe mcm bapaknya jugak. Hahahah

Nama : Mohammad Akil Thakif bin Mohammad Rizal

Umur : 1 tahun 25 hari

Nama Ibu : Maliah binti Abd Zaman, ini nama aku laaa makcik dia ahaha (Nama ibu sebenar Norlilawati binti Jaliman)

So pada sesape yg mau juga mencube joint contest ini silalah ke blog Sinar Raudhah.

Wedding Colour Theme

Sepatutnya bila saje sebut nak kahwin, majoriti B2B dah tau mau guna kaler ape. Tapi AKU??? Hadoii haiii masih lagi tercari2 kaler. Sampaikan bile mak andam tanye, "tema kaler ape?". Aku hanye sengeh pehtu senyum kambing. Huaaaa boleh gitu??? Ape ke kesnye aku nie, sampai tak boleh nak pikir kaler ape yg harus aku pakai on my big days. Haruskah aku dipersalahkan dlm hal ini.. Oooo tolonggg jgn salahkan aku.. huhuhuh... Somebody please help me.

Kaler inikah yg sesuaii???

Atau pun ini.....??? Or ini...??? Or inikahhhhh...??? Do please help me on this matter. Aku tersangatlah bercelaru... Here's the colour for 2011... Which one better which one prefer.. he he heeee... but for my Nikah maybe i will wearing pearl white or silver white or cream + turqoise or or or... masih ade lagi or tu... iskkkk

bARdbOO GIVEAWAY

Yihaaa mari kite beramai2 joint giveaway yg dianjurkan oleh Bardboo.

Aku dpt tau wujudnya GA ini mase aku tengah jalan2 cari GA kat blog Pemburu Contest.

Jom ape tunggu lagiii!!! Nak dpt hadiah dr UK tak??? Haaa cepat cepat sebelum terlambat... Pastu jangan lupe tepek nama aku as korang punye referer. Heeeeeee....

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.