They aRe s0 Gorge0us
Selamat Hari Raya
Red Velvet Cake Punye Cerita
Ok aku setuju, setakat nak tempah kek kan!!!! ooo kije senang je.... tapi oleh kerana bile aku berjalan-jalan sambil mencuci mate di semua blog-blog masakan maka mata aku telah mencemburui kek baldu merah atau lebih dikenali sebagai Red Velvet Cake, terutama sekali mase melintas blog Kak Ayu. Uiskkkkk kalau dah cenggitu rupe keknya sape-sape yg memandang pun akan jatuh chenta pandang pertama. Haaaa... mcm tu sekali penangan red velvet ni tau. Ke aku je yg mcm tu ehhh!!!! Hahahah whateverrrr la kan yg penting aku sukeeeee sangat.
Before terjumpe blog Kak Ayu ni, aku dah jumpe blog Hasue yg telah menepekkan resepi red velvet dia. For the 1st time trying aku guna resepi Hasue, tp tak berjaya. Tak tau dimana silapnya sedangkan aku mengikut 100% resepinya. Rasa kek tu yg tak bape nak menarik tekak aku membuatkan aku menukar resepi dengan menggunakan resepi Kak Ayu pulak.
and here the recipe, just copy & paste from blog Kak Ayu. Sangat recommended for those yg nak try buat.
Ingredients:-- 1 2/3 cup self raising flour-(1 2/3 cawan tepung naik sendiri)
- 2 tbsp cocoa powder - (2 sudu besar serbuk koko)
- 1/2 tsp baking soda - (1/2 sudu kecil baking soda)
- 110g butter - (ikut kak Ayu gunakan 125g)
- 1 cup fine sugar - (1 cawan gula halus)
- 2 large eggs - (2 biji telur besar)
- 1/2 cup milk - (1/2 cawan susu)
- 1/4 cup buttermilk - (1/4 cwn buttermilk)
- 1 tsp vinegar - (1 sudu kecil cuka)
- 1/2 bottle liquid red colour or 1 tsp red gel - (1/2 botol warna merah cecair atau 1 sudu kecil gel warna merah- aku gunakan 2 sudu besar pewarna merah star brand)
- ***How to make buttermilk = 1/2 cup milk + 1/2 tbsp distilled vinegar/lemon essen - leave it for while abt 15-20 minutes-but used only 1/4 cup
- ***Cara-cara membuat buttermilk = 1/2 cawan susu + 1/2 sudu besar cuka/ perisa lemon biarkan hingga 15-20 minit
- Cream butter & sugar till creamy. Add eggs one at a time. Add vanilla essence. Mix in dry ingredients (sifted) & milk plus buttermilk in alternate batches, ending with dry ingredients. Lastly stir in vinegar.Bake in a preheat oven at 170C for 30-40 minutes or just cooked.
- Pukul mentega & gula hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla. Masukkan bahan kering (yang sudah diayak), bersama dengan susu & buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan selama 30-40 minit disuhu 170C atau ikut kepanasan oven masing hingga masak.
- 250g Philadelphia cheese - (250g cream cheese)
- 125 butter - (125 mentega)
- 1 cup icing sugar- (1 cawan gula ising)
- 1 tsp vanilla extract - (1 sudu kecil vanilla esen)
- juice of a squeezed slice of lemon @ perisa lemon - (jus dari 1 hirisan lemon @ lemon essen)
- Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.
- Pukul cheese & mentega hingga berkrim, masukkan gula ising, vanilla dan jus lemon.
19 Ramadhan 1432H
Mmmm sok kuarga aku akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama. Yesss tak sabar nak tunggu esok hari. Kompom meriah macam tahun-tahun yang sudah. Menu juadah macam biasalah.. masing-masing dikehendaki membawa juadah dari uma sendiri. Aku??? Heeee aku verangan nak bawak kek.
"KEK??? Ape tebiat bulan2 puasa nak membawak kek pulak, buke puasa ngan kek ker???"
Aku tauuu mesti dalam hati korang akan berkata2 macam tu. Xtuallynya kite org nak sambut birthday untuk mereka2 yang dilahirkan pada bulan 8. Tu pasallaa kene ade kek. Haaaa.... dan tu pasallah aku sebok bebeno nak buat kek. Pada mulanya kazen aku suruh aku tempah kek kat kedai je, tapiiiiiiiiiiiiiiii oleh kerana sekarang ni mood aku rajin memasak dan rajin membuat kek la kuih la bagai kat uma kan!!! So inilah masanya aku nak menguji diri aku dengan membuat kek birthday untuk kuarga tersayang.
Apa lagi bile tengok blog kakak-kakak juga kawan-kawan menepek pelbagai jenis kek yg meletop dan mabelesss. Tak ke ko rase jelessss!!!! Wooo... aku jelesss woo tengok kek yang mengancam jiwa aku ditepek kat blog korang tu. Jeles aku jelessssss... nak jugak aku tepek kek hasil air tangan aku sendiri.
Ok jom kite tengok resepi kek yang telah menjadi pojaan hatiku... Aku tepek resepi je dulu, sok baru aku jalankan operasi menggodak kek. Semangat berkobar-kobar ni, moga-moga jadilah red velvet aku tu nanti. Aminnnnn....
RED VELVET CAKE
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.comBahan-bahan :-D
- 5 biji telur gred B
- 250 gram mentega beku tanpa garam
- *3 cawan tepung naik sendiri
- *3 sudu makan koko Vochelle
- 2 cawan gula kastor
- 4 sudu makan pewarna Red Bright
- 1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok)
- 1 sudu makan cuka makan
- Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
- Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
- Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
- Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
***Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.
Filling:- 500gram blueberry filling
- 500 gram krim keju Phillidephia
- 1 cawan krim putar
- Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
- *Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
***Nota: Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
NURSE PELATIH HSI CUAI
Selalunya aku dengar berita ni dari tv je, tp sekarang ni berlaku kat anak sedara aku sendiri. Ape punye nurse ni langsung takde tanggungjawab sampai salah bagi info ubat pada biras aku. Ubat yg sepatutnya diberikan kepada ibu sebagai ubat tambah susu tp nurse pelatih yg sengal ni boleh cakap ubat tu utk baby. Lain kali kalau doktor cakap ngan ko tu, ko dengar betul2laa... senang2 je kan ko menjawab "maaf puan saya tersalah dengar apa yg doktor cakap tadi". Kalau jadi ape-apa kat anak sedara aku, aku heret ko ke mahkamah.
Citenye macam ni, dari hari sabtu tuh hari anak sedara aku AMAN DARIMI ditahan di wad NICU kerana tidak boleh membuang dan tidak boleh menyusu. Asal menyusu je muntah asal menyusu je muntah. So selepas beberapa hari kene tahan wad, hari ni sepatutnya Aman dibenarkan balik ke rumah. Bila doktor dah cakap boleh balik, kompomlah biras aku sukekan... sapelah yg tak sukakan bile dengar je kate dah boleh balik, dah la dalam pantang pastu baby sakit pulak kene jaga kat hospital. So bile doktor dah cakap macam tu, biras aku ni pun siap2lah berkemas sambil menunggu ubat. Pastu datang sorang nurse pelatih ni bawak ubat, bagi tau kat biras aku yang ubat tu untuk baby bancuh sekali ngan susu mase nak bagi baby susu. So for the 1st time biras aku ni pun peliklah jugak sbb mase jumpa doktor, doktor takde pun cakap pasal ubat untuk baby. Tapi nurse pelatih ni menegaskan yg ubat tu memang untuk baby, doktor yg bagi tau kat dia macam tu dengan penuh keyakinan.
Bile nurse dah cakap macam tu, biras aku ni pun percayalah and amik ubat tu. Then bile time anak sedara aku ni nak menyusu, biras aku ni pun bancuhlah sekali ubat tu ngan susu and bagi baby dia minum. Lepas je minum susu tu anak buah aku ni terus cirit birit. Pastu bile diperiksa bagai rupe2nya ubat tu ubat tambah susu untuk biras aku, bukannya untuk baby. Eiiii gerammnyaa aku ngan nurse pelatih macam tu. Memanglah korang pelatih tapi kecuaian yg macam ni tak sepatutnya berlaku, kannn TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU. Mende mudah je pun bukannye susah... macam manelah boleh dia dengar doktor tu cakap ngan dia yg ubat tu untuk baby. Sekarang ni nurse lain dah amik Aman Darimi untuk dicuci perotnya atas arahan doktor. Allahhhh huakbar.. moga2 takdelah jadi apa-apa effect pada si Aman Darimi tu... Semoga Allah melindungi Aman Darimi dan memberi kesihatan kepada dia. InsyaAllah...
Biskut Raya
Ehhh ape aku melalut ni, isk isk iskkk... Mmm ok 1st at all opkos kuih raya tahunan aku adalah Cornflakes Coklat yang sangat mudah. Pejam mate pun boleh buat ye kawan,-kawan very simple resepi yang aku gunakan. Aku tengok gak kat blog-blog orang lain, macam-macam resepinya. Tapi aku still nak stick pada cara aku sendiri. Actually resepi dari BFF aku mase zaman belajar dulu si Nolie a.ka. nule'. So meh layannn resepi yang teramatlah mudah ni.
CORNFLAKES COKLAT SIMPLE
Bahan-bahan :-D
- 1 bar coklat masakan
- Conflakes (kuantiti bergantung pada coklat masakan)
- 50 gram Butter (nak pakai minyak jagung pun boley)
- Manik warna-warni
- Paper cup
- Ramas lebih kurang cornflakes dan ketepikan. (tak perlu sampai hancur ye kawan-kawan)
- Cairkan coklat masakan dengan butter secara double boil, bile dah cair tutup api.
- Kemudian masukkan cornflakes ke dalam coklat yang telah dicairkan dan gaul hingga rata.
- Sudukan conflakes ke dalam paper cup.
- Kemudian taburkan manik warna-warni.
- Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan keras kemudian boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
Haaaa senangkan, sudah aku cakap ini adalah resepi paling mudah. Takyah nak bakar-bakar bagai khasnya pada mereka-mereka yang xde aven, SU ko boleh buat ni. Heeeeee kadang-kadang kalau korang biarkan kat luar sementara menyelesaikan yg lain cornflakes coklat ni dah mengeras sendiri tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk. Kalau korang terlebih rajin bolehlah letak badam or apa-apa je kacang yang korang suke.
AYAM REMPAH BBQ
Dah jom layan resepi je terus, resepi aku copy & paste dari blog Sinar Kehidupanku, tuan empunye blog bernama Kak Yatie yang comel lotey dari Johor. Heeeee kasi angkat sikitttlahh, dah amek resepi orangkan tak reti-reti lagi keee!!!! Hiiiiiiiiiii....
- 1 ekor ayam (potong 12 bahagian)
- 1 s/b cili powder@cili kisar
- 1 s/b serbuk jintan
- 4 s/b sos BBQ-kalau takde, ganti kicap+sos tomato
- 1 s/b serbuk lada hitam
- 3 s/b sos tiram
- 2 s/b kicap pekat
- 3 s/b sos tomato
- 3 s/b madu-kalau takde, ganti gula
- garam secukup rasa
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inch halia
- Ayam dipotong 12 dan bersihkan. Gaul ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan kuali,tumis bahan2 yg dikisar dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan cili powder/kisar, serbuk jintan, serbuk lada hitam dan gaul sebati.
- Masukkan ke semua sos, madu dan tambah sedikit air dan gaul rata. Masukkan ayam yg di goreng tadi dan gaul rata.
- Perasakan, sekiranya rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi putih hangat. Selamat Mencuba..
Juadah Puasa ke-12
Kalau dipikirkan memang sedap semuanyakan. Tapi takpe biarkan mase berlalu pergi hinggallah tiba waktunya nanti. Sekarang meh sini aku nak kongsi resepi dari mak mentua aku. Resepi ni, sedapppp jugeee... cubalah try kalau tak cuba manekan tahu kesedapannyekan. Heheheeee
IKAN MASAK KUNING DAUN BAWANG
- 3 ekor ikan Selar Kuning
- 10 batang Cili Padi hijau *
- 10 batang Cili Padi Merah * (cili boleh lebihkan ikut kepedasan yg korang mau)
- 1 bj Bawang Besar *
- 3 biji Bawang Kecik *
- 3 biji Bawang Putih *
- 1 inchi Halia *
- 1 inchi Kunyit *
- 1 inchi Belacan *
- 1 batang Kulit Kayu Manis
- 2 btg Serai (dititik)
- Air Asam Jawa
- Daun Bawang (dipotong)
- Garam
- Ajinomoto
- Minyak untuk menumis
- Blender semua bahan bertanda *.
- Tumis bahan blender, kulit kayu manis dan serai yang telah dititik hingga garing.
- Kemudian masukkan ikan dan air asam jawa tunggu hingga didih.
- Kemudian masukkan garam dan ajinotomo secukup rasa.
- Bila dah mendidih sekali lagi, tutup api dan hidangkan.
- Taburkan daun bawang ketika dihidangkan.
Okeyyy pastu pada hari yang sama jugak aku buat lasagna. Fuhhhh memang menjadilah... best killerrrrr.... Aiii tak caye aku pandai buat lasagna??? Korang ni tengok jari-jari aku je dah boleh tau apeeee.. aku memang terror semua ni. Masak sekali je terus menjadi. Haaa tak caye kasi tengok picca kat bawah ni ha.... laki aku siap kate. "Sedapnyeee yanggggg" ayat biasalahkan... ahahahaha.. Sape lagi nak puji aku masak kalau bukan laki sendiri. Heehehehhe... aku sangat-sangatlah berbangga hokeyyy tp belum sampai tahap riak lagi. Muahahahahaa....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Tapi takpe meh sini aku tepek resepi membuat lasagna khas untuk penggemar-penggemar lasagna macam aku, sendiri bikin punya haaaa.... Sonang ajeee...
LASAGNA DAGING O LA LA
koleksi resepi Kak Nannie- 1 kotak instant lasagna
- 2 tin sos pasta bolognese PREGO perisa tradisi - boleh tambah
- 1 peket daging cincang-boleh tambah
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 2 sudu besar minyak zaiton- utk menumis
- Sedikit herba oregano freshGaram secukup rasa-bila perlu sahaja
- Kupas semua bawang dan cincang halus.
- Kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu.
- Masukkan pula daging cincang, herba oregano dan kacau sampai daging masak.
- Tambah garam jika sos kurang masin.
- Masukkan semua sos bolognese Prego dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak.
- 3 sudu besar tepung gandum
- 3 sudu besar butter
- 800ml susu segar kotak
- 1/2 cawan parutan keju parmesan atau chedder secukupnya
- Sedikit black pepper
- Garam secukup rasa
- Panaskan butter dan masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan, guna api dapur sederhana besar dan sentiasa kacau adunan tepung ni supaya tidak hangit.
- Masukkan semua susu dan terus kacau sehingga sebati kemudian boleh la dimasukkan parutan cheese cheddar dan serbuk black pepper.
- Biarkan kuah mendidih dan masak, terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat kalau tak cukup masin baru ditambah garam.
- Kuah bechamel akan jadi pekat bila dah dimasak. Boleh ditutup api dapur.
- Susun lapisan pertama kepingan lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai kemudian curah sos bolognese dan curah sos bechamel serta tabur cheese.
- Ulang semula susun kepingan lasagna, curah sos dan tabur cheese buat begini sampai ke lapisan paling atas atau sampai habis bahan.
- Curah sos bechamel dengan banyak sampai banjir supaya kuah sos bechamel yang sudah mesra bercampur dengan sos bolognese meresap dengan sempurna dalam kepingan lasagna.
- Kuah bechamel dan sos bolognese yang mendidih masa proses masak dalam oven yang akan masakkan kepingan lasagna ni nanti .
- A - susun kepingan lasagna
- B - lapis sos bolognese - banyak
- C - lapis sos bechamel - banyak
- D - tabur cheese - ikut pada selera sendiri
Juadah Puasa ke-11
SAMBAL SERAI BEBOLA AYAM
Resepi oleh :- curlybabesatisfaction.blogspot.com- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 30 batang cili kering (direndam)
- 5 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 6 batang serai (aku guna 2 btg)
- 1 inci belacan
- 20 biji bebola ayam (aku buat lebey, tp tak kire bape biji)
- 2 biji kentang (dibelah 12 - macam wedges tu)
- 1/2 labu bawang besar (dimayang)
- 2 batang serai (hiris nipis) - tak pakai
- 1 batang serai (dititik - aku guna 2 btg)
- 4 helai daun limau purut (dikoyakkan - aku guna 3 helai je)
- 1 tsp asam jawa + 1/4 cawan air
- Garam
- Gula
- Minyak masak
- Panaskan minyak di dalam kuali dan gorang kentang. Angkat dan toskan. Kemudian goreng bebola ayam seketika dan toskan.
- Tinggalkan sedikit minyak tadi untuk menumis bahan kisar. Tumis bahan kisar bersama bawang besar, hirisan serai, serai yang diketuk dan daun limau purut. Biar hingga kering.
- Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa.
- Masukkan bebola ayam dan kentang goreng tadi ke dalam kuali dan gaul rata. Sesuaikan rasanya. Tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi panas.
RESEPI POPIA BERSIRA PEDAS
Resepi oleh :- hanamemories.blogspot.com- kulit popia secukupnya
- 1 batang carrot - dihiris halus
- satu mangkuk kubis yg dihiris halus
- segenggam atau lebih taugeh
- 1 biji bawang besar - mayang
- 1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan dan blend
- 1 sudu mkn sos tiram
- garam
- perisa@gula sedikit
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 sudu makan bawang merah dan putih kisar
- 2 sudu besar sos cili @ sos cili thai
- secubit belacan - jika suka
- 1sk air asam jawa
- 1sm gula melaka racik halus@gula putih
- garam
- bijan
- Cara penyediaan inti popia - Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan udang kering kisar. kacau rata. Masukkan pula lobak merah. Biarkan sebentar kemudian masukkan kubis dan taugeh. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula (jika suka). tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi kemudian gulung kemas dan goreng hingga kekuningan.
- Cara penyediaan sambal - Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih, kemudian masukkan cili kisar dan belacan. Masukkan sedikit air asam jawa dan juga sos. Kacau. Masukkan gula dan sedikit garam. Suaikan rasa pedas dan manis. Masak hingga sambal agak pekat dan kering. Masukkan popia yg sudah digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan.Gaul.
- Hidangkan.
Sengalnyeeee Cashier iniii...
Okey before sampai turn aku, kite orang memang dah perasan akan kelambatan cashier yang bertugas ketika itu. Tapi layankan la jugak pasal nak ke cashier lain pun penuh jugak orang beratur... sampai turn aku dia jadi kalut sikit. Sebabnya 1 barang yang aku beli si cashier ni dah terscan masuk kat customer sebelum aku punye bil, tau dia tolak ke tidak pasal makcik tu dah inform kat dia. Aku tak tau macam mane dia buat tp dalam bil aku tu dia still kire, betullahkan pasal itu memang barang aku, cume kalau termasuk kat bil makcik sebelum aku tu memang tak adillahkan walaupun barang yang aku beli tu baru berharga RM1.55.
Ok settle turn aku, kene pulak turn Ct. Bile turn Ct takde pape masalah cume lambatttt je sikit kejenya.. Haaaa takpelahkan masih dimaafkan lagi pasal budak baru belajar. Bile sampai turn Nana, dia scan macam biasa pastu Nana pun bayar. Tapi lepas bayar tu Nana ceklah bil dia, korang tau ape jadi.. Ade dia pegi scan air kotak yang sebundle tu dia kire sekotak aje yang berharga RM1.20, tak masuk akalkan air kotak sebundle berharga mcm tu. Rupenye dia p scan kat kotak tu bukan scan kat label luar, so kompemlah kire harga sekotak air je. Haiskkkk Nana terus cakap kat budak cashier tu. Response??? Muke blur and buat tak tahu sbb mase tu dia tengah kalut nak settlekan customer lain yang membeli ala-ala memborong. Jadi kite orang tunggulah jugak pasal airkan masuk dalam badan jadi darah daging. Dalam pada menunggu si cashier ni melangsaikan customer lain, kite orang dok la peratikan dia.
Kesilapan pertama yang dia buat, salah kire kuantiti bungkusan lada cili. Oklah lagi pasal Ct suruh si cashier ni kire balik, ok dengan akurnya si cashier ni mengira balik walaupun bukan barang kite orang. Bile tibe nak scan dia boleh scan bungkusan tu 1 per-1. Hadohaiiii hapsallah dia tak kalikan aje ngan 34 bungkus, udahlah gitu tengah-tengah scan boleh plak dia salah kire. Lepas 32 bape?? 33 kan... tp budak cashier tu boleh kire lepas 32 terus loncat 34 tp nasib baik jugak dia perasan akan kesilapan dia. Lepas tu kalut pulak nak scan kacang 5 bungkus yang berlainan harga. 3 bungkus terakhir dia boleh scan pada bungkusan kacang yang same. Padahal aku tengok setiap bungkusan kacang yang ade tu berlainan harga. Haaa ape punye sengal budak ni dalam hati aku, lantaklah kite orang ber3 pun malas nak amik kisah.
Bile dah settle untuk customer tu, Nana pun hulurkanlah air kotak yang dibelinya tadi. Mase ni budak cashier yang ala-ala sengal tu dah dibantu ngan cashier yang lain. Yang cashier sorang lagi tu pun cakap ngan budak cashier sengal tu "ngapa tak scan kat label depan tu, rugi kire 1 1". Korang tau si cashier sengal ni boleh buat muke tak tau plus selambe jeeee, dia terussssss je scan air kotak tu 1 persatu walaupun si Nana ni amik sebundle and sah2 ade label kat depan tu. Nana pun malas nak cakap banyak, and kite orang pun terus balik. Lepas ni kalau jumpe budak ni kat cashier jangan korang pegi bayar kat dia. Nanti dah ape-ape jadinya pulak. Sengallllll....
***NotadiHujungJari:-Buat keje tu biarlah betul-betul sikitttttt
Juadah Puasa ke-10
Okeyyy aku mau kongsi juadah berbuke puasa aku semalam. Haaa korang penah makan IKAN MASAK KARAPULE??? Bukan daun karapole ehhh... Pelikkan bunyinyeee!!!! Hehehe memula aku dengar dulu pun aku rase pelik. Aku dengar since aku kanak-kanak riang lagi kerana ini adalah resepi turun temurun orang bugis, ini yang mak aku citelaa. So aku pegang cakap mak aku tu sampai sekarang bahawasanya ini adalah resepi keturunan BUGIS. Masakan ni sedap ye kawan2, he he he bukan tekak aku je kate sedap tp En. Hubby yang 1st time merasa pun dia kate... "Iskkkk sedapnyeeee yangggg". Haaa so terbuktilah kesedapannyekan!!! Hahahaha... masaknye pun sonang aje macam korang masak asam pedas cume letak sikit santan, dan penggunaan santannya pun takleh banyak dah jom layan resepi.
IKAN MASAK KARAPULE
- 10 hiris Ikan Tenggiri (apa-apa ikan pun boleh)
- Segenggam Lada Kering *
- 1 biji Bawang Besar *
- 1 biji Bawang Kecil *
- 3 ulas Bawang Putih *
- 1/2 inchi Kunyit *
- 1 inchi Halia *
- 1/2 biji kelapa (blender dengan air, air ikut suke nak banyak mane kuahnye)
- Asam jawa
- Minyak
- Garam
- Ajinotomo
- Blender bahan yg bertanda *.
- Kemudian tumis bahan yg telah diblender sampai garing atau pecah minyak.
- Kemudian masukkan ikan dan santan kemudian masak hingga mendidih, pastikan sentiasa dikacau.
- Masukkan air asam jawa, garam dan ajinomoto hingga mendidih.
- Bila dah cukup rase dan mendidih bolehlah tutup api dan hidangkan.
*** Haaa senang je kan??? Boleh jugak ditambah bendi ke, kubis ke untuk lebeh sedap. Heeee...
Okeyyy menu ke-2 pulak aku goreng sawi je. Takkanlah goreng sawi pun nak tepek kat sinikan. Hehehehe... Pastu sambil-sambil memasak tu sempat gak aku buat kuih Onde-onde atau juga dikenali sebagai Buah Melaka. Nak tau asal usulnya haa tengok sini.
ONDE-ONDE @ BUAH MELAKA
- Tepung Pulut
- Daun Pandan (Dikisar bersama air dan amik jusnya, tp aku guna perisa pandan je)
- Pewarna Hijau
- Gula Melaka (dipotong kecik untuk jadikan inti)
- Kelapa Parut (mintak tuan kedai jangan parut sampai hitamnya)
- Garam
- Air untuk merebus
- Gaul kelapa parut dengan sedikit garam kemudian ketepikan.
- Sediakan air dalam periuk dan biarkan mendidih.
- Bancuh tepung pulut, sedikit garam, perisa pandan dan pewarna hijau bersama air hingga adunan boleh digentel.
- Kemudian ambil sebesar ibu hari dan leperkan.
- Masukkan inti gula melaka ditengah-tengah kemudian tutup dan jadikan bulat.
- Masukkan ke dalam air yg telah dididihkan dan biarkan timbul sendiri.
- Ulang langkah 4-6 sampai adunan habis.
- Bila kuih dah timbul angkat toskan dan masukkan ke dalam kelapa parut bergaram.
- Golek-golekkan kemudian angkat dan terus dihidang.
- Sedia untuk dimakan.
***NotadiHujungJari:-Pelan-pelan makan onde-onde jangan sampai tercekik terutama sekali bila anak-anak yang makan, awasi mereka.
Mydin vs Resepi
Ohh aku lupe nak cerita, bahawasanya dekat-dekat ngan tempat keje aku ni dah ade MYDIN baru, lagi besar dari Mydin kat BBU tu ha, siap ade jual ikan, daging, ayam juga sayur bagai. He heee ala2 jakun kejap. Tapi bukan aku je jakun, orang2 lain pun jakunnnn jugak. Ha ha ha.... So orang2 Johor yang duduk kat area2 Gelang Patah, Nusajaya, Bukit Indah juga Perling meh serbu MYDIN ANJUNG BAZAR. Iskkk orang Singapura dah jejak takkan korang tak nak menjejakkan kaki kot. He he he... Sekarang ni aku tengok dah ramai orang yang berbelanja kat Mydin Anjung Bazar ni. Kalau hari-hari minggu lagi la ala2 sesak. Maklumlahhh tempat barukan.
Bagus jugak dibukak Mydin dekat ngan tempat keje aku ni, serius memang dekat je... So kalau nak beli apa2 boleh terjah ke Mydin je, xyahlah aku nak susah-susah macam dulu pegi JJ ke Giant ke Tesco ke kan, terjah je Mydin ni ha... and xtually Mydin ni beli tapak kedai ngan kampeni aku. Heeeeee...

Ok dah habis cite pasal Mydin. Hehehe.. skang mau kongsi resepi juadah yang aku masak semalam untuk berbuka puasa. Jom terus ke resepinya... dah kering tekak aku nak berceloteh panjang-panjang.
Resepi c&p from Kak Azlita tuan punye blog Masam Manis
Tuan asal resepi oleh Cek Mat Gebu
- 7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
- 2 batang serai, dititik
- 2 helai daun limau purut
- 1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
- 1 cawan air
- 1 camca besar gula melaka
- 2 camca besar bawang goreng
- Sedikit gula
- Garam secukup rasa
- 1 batang kayu manis
- Hirisan daun bawang, untuk hiasan
- Bawang goreng untuk hiasan.
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji tomato merah
- 7 biji cili merah
- 2 biji buah keras
- 1/2 inci halia
- 1/3 inci lengkuas
- 1 camca besar sos tomato
- Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing.
- Tuang air dan kacau rata.
- Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
- Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering.
- Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng...
***NotadiHujungJari:-Kalau tak mencuba manekan tau kesedapannya... serius resepi ini setappp hingga menjilat jari, diakui oleh pengkritik tetap sape lagi kalau bukan En. Hubby aku. heeee
Sebulan Berpuasa...
Puasa tahun ni jugak merupakan puasa pertama aku berpuasa sebagai isteri, kalau dulu takde kecoh-kecoh nak bangun pagi memasak kecuali zaman-zaman belajar dulu tu pun boleh dikira memasaknye. Kat uma mak sendiri?? Hemmm bangun tinggal ngap aje, tapi sekarang, menjak dah jadi isteri orang ni kenelah bangun pagi sediakan lauk untuk bersahur. Biasanya aku masak yang ringkas-ringkas jee, pasal pepagi gajah selera makan pun tak berapa nak gajah. Kalau untuk aku, aku tak berapa nak makan nasi sebabnya bile aku makan nasi waktu bersahur, siang harinya akan membuatkan perot aku kebuluran tahap gaban. Tapi oleh kerana aku baru je lepas operation, aku layankan jugaklah nasi tu pun untuk 3 hari pertama aje lepas tu aku lantak mende lain contohnya macam kurma, kismis, roti, koko-kruch juga susu. Haaa nampak macam lagi banyakkan... maka lagi lagi lagiiii la aku kebulur, pepagi je perot aku dah berkeroncong.
Haiseyyyy walau lapar macam mane sekali pun kenelah tahan. Takkan nak berbuka di pagi harikan... dah ngalahkan sepupu aku yang berumur 5 tahun berpuasala pulak kalau macam tu. Ha ha... Emmm tak lama lagi nak rayakan, ape resepi biskut yang mudah dan ringkas untuk dibuatkan. Dalam hati ni berangan nak buat sendiri la kekononnya dan setakat ni dalam kepala adelah jugak 2 3 resepi yang mudah-mudah lagi ringkas pembuatannya. Tapi kalau ade lagi yang ringkas, lagi la aku mau. Hehehehee...