~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Selamat Hari Raya

Ucapan khas dari aku untuk kalian semuaaa.....

Red Velvet Cake Punye Cerita

Seperti yg telah dirancangkan, sabtu lepas adalah majlis berbuka puasa untuk keluarga aku, and sempena majlis berbuka puasa ni jugak kite orang celebrate birthday mereka-mereka yg dilahirkan pada bulan 8. So pada permulaannya aku dipertanggungjawabkan supaya membeli kek untuk sambutan hari jadi tu nanti.

Ok aku setuju, setakat nak tempah kek kan!!!! ooo kije senang je.... tapi oleh kerana bile aku berjalan-jalan sambil mencuci mate di semua blog-blog masakan maka mata aku telah mencemburui kek baldu merah atau lebih dikenali sebagai Red Velvet Cake, terutama sekali mase melintas blog Kak Ayu. Uiskkkkk kalau dah cenggitu rupe keknya sape-sape yg memandang pun akan jatuh chenta pandang pertama. Haaaa... mcm tu sekali penangan red velvet ni tau. Ke aku je yg mcm tu ehhh!!!! Hahahah whateverrrr la kan yg penting aku sukeeeee sangat.

Before terjumpe blog Kak Ayu ni, aku dah jumpe blog Hasue yg telah menepekkan resepi red velvet dia. For the 1st time trying aku guna resepi Hasue, tp tak berjaya. Tak tau dimana silapnya sedangkan aku mengikut 100% resepinya. Rasa kek tu yg tak bape nak menarik tekak aku membuatkan aku menukar resepi dengan menggunakan resepi Kak Ayu pulak.

Ini resepi from Hasue, rasa tak bape nak pegi maybe aku yg salah teknik. Habis aku cincang lumat 1st trial aku ni. Hu hu....

Haaaa ini resepi ke-2 from Kak Ayu, ni dalam proses menyapu cream frosting pd layer ke-2. Hehehehe... tu yg ade saki baki kek kat tepi tu adalah tepi-tepi kek yg aku potong supaya kek nampak lebih cantek bile disapu cream frosting.

Ahaa siap ade kotak ok!!! Dah macam kedai kek la plak... siap sedia dibawa ke rumah nenek.

Yezzaaaa inilah birthday kek yg aku buat... simple jee maklumlah tangan keraihhh tak reti sangat nak mendeko ni... lepaslah untuk kuarga sendiri. Heeeeee

dannnn inilah didalamnyaaa... just 3 layer aje pasal layer yg bawah sekali tu aku tersalah teknik pemotongan. Belum sempat putus 2, keknya dah terpotong kat tengah. So utk menyelamatkan keadaan aku biarkan je walaupun dah potong separuh jalan.

and here the recipe, just copy & paste from blog Kak Ayu. Sangat recommended for those yg nak try buat.

Ingredients:-
  • 1 2/3 cup self raising flour-(1 2/3 cawan tepung naik sendiri)
  • 2 tbsp cocoa powder - (2 sudu besar serbuk koko)
  • 1/2 tsp baking soda - (1/2 sudu kecil baking soda)
  • 110g butter - (ikut kak Ayu gunakan 125g)
  • 1 cup fine sugar - (1 cawan gula halus)
  • 2 large eggs - (2 biji telur besar)
  • 1/2 cup milk - (1/2 cawan susu)
  • 1/4 cup buttermilk - (1/4 cwn buttermilk)
  • 1 tsp vinegar - (1 sudu kecil cuka)
  • 1/2 bottle liquid red colour or 1 tsp red gel - (1/2 botol warna merah cecair atau 1 sudu kecil gel warna merah- aku gunakan 2 sudu besar pewarna merah star brand)
  • ***How to make buttermilk = 1/2 cup milk + 1/2 tbsp distilled vinegar/lemon essen - leave it for while abt 15-20 minutes-but used only 1/4 cup
  • ***Cara-cara membuat buttermilk = 1/2 cawan susu + 1/2 sudu besar cuka/ perisa lemon biarkan hingga 15-20 minit
Method:-
  1. Cream butter & sugar till creamy. Add eggs one at a time. Add vanilla essence. Mix in dry ingredients (sifted) & milk plus buttermilk in alternate batches, ending with dry ingredients. Lastly stir in vinegar.Bake in a preheat oven at 170C for 30-40 minutes or just cooked.
Cara2:-
  1. Pukul mentega & gula hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla. Masukkan bahan kering (yang sudah diayak), bersama dengan susu & buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan selama 30-40 minit disuhu 170C atau ikut kepanasan oven masing hingga masak.
Cream Cheese Frosting
  • 250g Philadelphia cheese - (250g cream cheese)
  • 125 butter - (125 mentega)
  • 1 cup icing sugar- (1 cawan gula ising)
  • 1 tsp vanilla extract - (1 sudu kecil vanilla esen)
  • juice of a squeezed slice of lemon @ perisa lemon - (jus dari 1 hirisan lemon @ lemon essen)
Method:-
  1. Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.
Cara2:-
  1. Pukul cheese & mentega hingga berkrim, masukkan gula ising, vanilla dan jus lemon.

19 Ramadhan 1432H

Hari ni hari Jumaat bersamaan dengan 19 ramadhan bermakna lagi 10 hari je lagi kite akan berpuasa. Kejap je kan mase berlalu pergi. Tak sedarrr begitu cepat sekali, rasanya macam baruuu je semalam kite mula berpuasa. Mmmm tp itulah hakikatnya, bahawasanya sekarang ni masa begitu cepat berlalu.

Mmmm sok kuarga aku akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama. Yesss tak sabar nak tunggu esok hari. Kompom meriah macam tahun-tahun yang sudah. Menu juadah macam biasalah.. masing-masing dikehendaki membawa juadah dari uma sendiri. Aku??? Heeee aku verangan nak bawak kek.

"KEK??? Ape tebiat bulan2 puasa nak membawak kek pulak, buke puasa ngan kek ker???"

Aku tauuu mesti dalam hati korang akan berkata2 macam tu. Xtuallynya kite org nak sambut birthday untuk mereka2 yang dilahirkan pada bulan 8. Tu pasallaa kene ade kek. Haaaa.... dan tu pasallah aku sebok bebeno nak buat kek. Pada mulanya kazen aku suruh aku tempah kek kat kedai je, tapiiiiiiiiiiiiiiii oleh kerana sekarang ni mood aku rajin memasak dan rajin membuat kek la kuih la bagai kat uma kan!!! So inilah masanya aku nak menguji diri aku dengan membuat kek birthday untuk kuarga tersayang.

Apa lagi bile tengok blog kakak-kakak juga kawan-kawan menepek pelbagai jenis kek yg meletop dan mabelesss. Tak ke ko rase jelessss!!!! Wooo... aku jelesss woo tengok kek yang mengancam jiwa aku ditepek kat blog korang tu. Jeles aku jelessssss... nak jugak aku tepek kek hasil air tangan aku sendiri.

Ok jom kite tengok resepi kek yang telah menjadi pojaan hatiku... Aku tepek resepi je dulu, sok baru aku jalankan operasi menggodak kek. Semangat berkobar-kobar ni, moga-moga jadilah red velvet aku tu nanti. Aminnnnn....

Picca menggiurkan dr En. Google, membuatkan tekak aku menggegel

Bahan-bahan :-D

  • 5 biji telur gred B
  • 250 gram mentega beku tanpa garam
  • *3 cawan tepung naik sendiri
  • *3 sudu makan koko Vochelle
  • 2 cawan gula kastor
  • 4 sudu makan pewarna Red Bright
  • 1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok)
  • 1 sudu makan cuka makan
Cara-caranya;-D
  1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
  5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
  6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

***Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.

Filling:
  • 500gram blueberry filling
Krim:
  • 500 gram krim keju Phillidephia
  • 1 cawan krim putar
Cara-caranya ;-D
  1. Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
  2. *Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
Topping: 30biji coklat feraro

***Nota: Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

NURSE PELATIH HSI CUAI

Baru lepas dapat call dari biras aku... ingatkan nak bg tau yg baby dia dah boleh kuar dari wad hari ni tp rupe-rupenye tidak yg sepatutnya begitu... tapi atas KECUAIAN seorang NURSE PELATIH telah membuatkan anak sedara aku ditahan semula di wad NICU Hospital Sultan Ismail Johor (HSI).

Selalunya aku dengar berita ni dari tv je, tp sekarang ni berlaku kat anak sedara aku sendiri. Ape punye nurse ni langsung takde tanggungjawab sampai salah bagi info ubat pada biras aku. Ubat yg sepatutnya diberikan kepada ibu sebagai ubat tambah susu tp nurse pelatih yg sengal ni boleh cakap ubat tu utk baby. Lain kali kalau doktor cakap ngan ko tu, ko dengar betul2laa... senang2 je kan ko menjawab "maaf puan saya tersalah dengar apa yg doktor cakap tadi". Kalau jadi ape-apa kat anak sedara aku, aku heret ko ke mahkamah.

Citenye macam ni, dari hari sabtu tuh hari anak sedara aku AMAN DARIMI ditahan di wad NICU kerana tidak boleh membuang dan tidak boleh menyusu. Asal menyusu je muntah asal menyusu je muntah. So selepas beberapa hari kene tahan wad, hari ni sepatutnya Aman dibenarkan balik ke rumah. Bila doktor dah cakap boleh balik, kompomlah biras aku sukekan... sapelah yg tak sukakan bile dengar je kate dah boleh balik, dah la dalam pantang pastu baby sakit pulak kene jaga kat hospital. So bile doktor dah cakap macam tu, biras aku ni pun siap2lah berkemas sambil menunggu ubat. Pastu datang sorang nurse pelatih ni bawak ubat, bagi tau kat biras aku yang ubat tu untuk baby bancuh sekali ngan susu mase nak bagi baby susu. So for the 1st time biras aku ni pun peliklah jugak sbb mase jumpa doktor, doktor takde pun cakap pasal ubat untuk baby. Tapi nurse pelatih ni menegaskan yg ubat tu memang untuk baby, doktor yg bagi tau kat dia macam tu dengan penuh keyakinan.

Bile nurse dah cakap macam tu, biras aku ni pun percayalah and amik ubat tu. Then bile time anak sedara aku ni nak menyusu, biras aku ni pun bancuhlah sekali ubat tu ngan susu and bagi baby dia minum. Lepas je minum susu tu anak buah aku ni terus cirit birit. Pastu bile diperiksa bagai rupe2nya ubat tu ubat tambah susu untuk biras aku, bukannya untuk baby. Eiiii gerammnyaa aku ngan nurse pelatih macam tu. Memanglah korang pelatih tapi kecuaian yg macam ni tak sepatutnya berlaku, kannn TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU. Mende mudah je pun bukannye susah... macam manelah boleh dia dengar doktor tu cakap ngan dia yg ubat tu untuk baby. Sekarang ni nurse lain dah amik Aman Darimi untuk dicuci perotnya atas arahan doktor. Allahhhh huakbar.. moga2 takdelah jadi apa-apa effect pada si Aman Darimi tu... Semoga Allah melindungi Aman Darimi dan memberi kesihatan kepada dia. InsyaAllah...

Biskut Raya

Yeay yeay sudah nak dekat raya, maka kepala pun ligat berfikir tahun ni nak buat bape banyak biskut raya. Setelah ditolak ditambah dibahagi dikali bagai.... maka aku telah bercadang untuk membuat biskut yang paling sonang, simple dan bahan2nya mudah dan paling penting MURAH. Padahal tahun-tahun sebelumnya pun lebey kurang je, hehehe tp kalau boleh tahun ni lagiiii nak cut cost pasal lepas raya nanti dijangka akan dapat kunci uma baru. So bile nak dapat kunci uma tu, ofkosss banyak nak pakai money money money. Nak amik kunci nak kene duitkan, pastu nak pasang grill, api, air, lampu, kipas, perabut bagai... Wahhh ul la laaaa pusingggg kepala En. Hubby hu hu... tu belum masuk lagi sepupu sepapat aku yang nak berkahwin bulan 9, 10, 11, 12... haaaaa hamekk ko lepas raye ramai pulak yang nak kawin. Tu tak termasuk lagi kengkawan yang nak kawin... Haaaa cube pikir bape banyak aku dan En. Hubby kene spend.Ape pun insyaAllah.... rezeki tu sentiasa ada untuk kitekann.

Ehhh ape aku melalut ni, isk isk iskkk... Mmm ok 1st at all opkos kuih raya tahunan aku adalah Cornflakes Coklat yang sangat mudah. Pejam mate pun boleh buat ye kawan,-kawan very simple resepi yang aku gunakan. Aku tengok gak kat blog-blog orang lain, macam-macam resepinya. Tapi aku still nak stick pada cara aku sendiri. Actually resepi dari BFF aku mase zaman belajar dulu si Nolie a.ka. nule'. So meh layannn resepi yang teramatlah mudah ni.

CORNFLAKES COKLAT SIMPLE

Conflakes yg biasa aku buat rupenye mcm ni, credit to JuicyCafe

Bahan-bahan :-D

  • 1 bar coklat masakan
  • Conflakes (kuantiti bergantung pada coklat masakan)
  • 50 gram Butter (nak pakai minyak jagung pun boley)
  • Manik warna-warni
  • Paper cup
Cara-caranya :-D
  1. Ramas lebih kurang cornflakes dan ketepikan. (tak perlu sampai hancur ye kawan-kawan)
  2. Cairkan coklat masakan dengan butter secara double boil, bile dah cair tutup api.
  3. Kemudian masukkan cornflakes ke dalam coklat yang telah dicairkan dan gaul hingga rata.
  4. Sudukan conflakes ke dalam paper cup.
  5. Kemudian taburkan manik warna-warni.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan keras kemudian boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

Haaaa senangkan, sudah aku cakap ini adalah resepi paling mudah. Takyah nak bakar-bakar bagai khasnya pada mereka-mereka yang xde aven, SU ko boleh buat ni. Heeeeee kadang-kadang kalau korang biarkan kat luar sementara menyelesaikan yg lain cornflakes coklat ni dah mengeras sendiri tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk. Kalau korang terlebih rajin bolehlah letak badam or apa-apa je kacang yang korang suke.

AYAM REMPAH BBQ

Sedapanyeee ayam rempah bbq ni... hee hee heee... ni lah menu untuk aku dan En. Hubby bersahur pagi tadi. Terbukak selera di pagi hari dengan lauk macam ni, seriusss tak tipu tau. Tak caye cube rasee... haaa sedapkan sedapkan??? Hahahaha...

Dah jom layan resepi je terus, resepi aku copy & paste dari blog Sinar Kehidupanku, tuan empunye blog bernama Kak Yatie yang comel lotey dari Johor. Heeeee kasi angkat sikitttlahh, dah amek resepi orangkan tak reti-reti lagi keee!!!! Hiiiiiiiiiii....

cam biasalah kes tak menyempat nak men'snap' santapan sendiri, picca credit to Kak Yatie
Bahan-Bahan :-D
  • 1 ekor ayam (potong 12 bahagian)
  • 1 s/b cili powder@cili kisar
  • 1 s/b serbuk jintan
  • 4 s/b sos BBQ-kalau takde, ganti kicap+sos tomato
  • 1 s/b serbuk lada hitam
  • 3 s/b sos tiram
  • 2 s/b kicap pekat
  • 3 s/b sos tomato
  • 3 s/b madu-kalau takde, ganti gula
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar :-D
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
Cara-Cara :-D
  1. Ayam dipotong 12 dan bersihkan. Gaul ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali,tumis bahan2 yg dikisar dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili powder/kisar, serbuk jintan, serbuk lada hitam dan gaul sebati.
  4. Masukkan ke semua sos, madu dan tambah sedikit air dan gaul rata. Masukkan ayam yg di goreng tadi dan gaul rata.
  5. Perasakan, sekiranya rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi putih hangat. Selamat Mencuba..

Juadah Puasa ke-12

Alhamdulillahhh kalau sampai hari ni aku berpuasa maka genaplah 15 hari berpuasa, jadiinyeee ade lagi 14 hari untuk semua umat Islam seluruh negara akan berpuasa. Lepas tu ape lagi rayaaaa dengan pelbagai juadah laaa. Ohhhh yeayyyyy... Tak sabar nak makan ketupat, burasak, ayam masak merah, sambal satey special mak aku, sambal raya special resepi nenek sedara aku, rendang masakan makcik aku, lemang made in Rawang.. Ul la la la laaaaa.... mau menjejeh air liur aku ni ha bile terkenangkan masakan tu semua. Sedapnyeeeeeeeee....

Kalau dipikirkan memang sedap semuanyakan. Tapi takpe biarkan mase berlalu pergi hinggallah tiba waktunya nanti. Sekarang meh sini aku nak kongsi resepi dari mak mentua aku. Resepi ni, sedapppp jugeee... cubalah try kalau tak cuba manekan tahu kesedapannyekan. Heheheeee

IKAN MASAK KUNING DAUN BAWANG

gambar diamik selepas ikannye dirembat oleh En. Hubby, lupe nak snap awal2. heee..mahaplah picca xbape nak syun pasal pakai hp cabok je pun.
Bahan-bahannya :-D
  • 3 ekor ikan Selar Kuning
  • 10 batang Cili Padi hijau *
  • 10 batang Cili Padi Merah * (cili boleh lebihkan ikut kepedasan yg korang mau)
  • 1 bj Bawang Besar *
  • 3 biji Bawang Kecik *
  • 3 biji Bawang Putih *
  • 1 inchi Halia *
  • 1 inchi Kunyit *
  • 1 inchi Belacan *
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 btg Serai (dititik)
  • Air Asam Jawa
  • Daun Bawang (dipotong)
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Minyak untuk menumis
Cara-caranya :-D
  1. Blender semua bahan bertanda *.
  2. Tumis bahan blender, kulit kayu manis dan serai yang telah dititik hingga garing.
  3. Kemudian masukkan ikan dan air asam jawa tunggu hingga didih.
  4. Kemudian masukkan garam dan ajinotomo secukup rasa.
  5. Bila dah mendidih sekali lagi, tutup api dan hidangkan.
  6. Taburkan daun bawang ketika dihidangkan.

Okeyyy pastu pada hari yang sama jugak aku buat lasagna. Fuhhhh memang menjadilah... best killerrrrr.... Aiii tak caye aku pandai buat lasagna??? Korang ni tengok jari-jari aku je dah boleh tau apeeee.. aku memang terror semua ni. Masak sekali je terus menjadi. Haaa tak caye kasi tengok picca kat bawah ni ha.... laki aku siap kate. "Sedapnyeee yanggggg" ayat biasalahkan... ahahahaha.. Sape lagi nak puji aku masak kalau bukan laki sendiri. Heehehehhe... aku sangat-sangatlah berbangga hokeyyy tp belum sampai tahap riak lagi. Muahahahahaa....

Tengok-tengokk... sangat moisttttkan lasagna aku, ni lepas dingap sesudu oleh En. Hubby. Aku pun lupe nak snap lepas kuarkan dari oven. Hehehe dah kene ngap baru teringat. Skang meh kite tengok resepi untuk membuat lasagna ni....

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

V

haaa inilah resepinya... aku beli yg instant je pun. Hahahaha jangan marah haaa....
dalamnye macam ni, patut kene masuk pakai microwave tp uma aku manelah ade microwave jadi aku sumbat masuk dalam oven biasa je. Tapi korang kene kuarkanlah dari bekas plastiknya tu, kalau korang sumbat sekali ngan bekas plastiknya tu alamat korang makan lasagna plastik la.. ehehehe....

Tapi takpe meh sini aku tepek resepi membuat lasagna khas untuk penggemar-penggemar lasagna macam aku, sendiri bikin punya haaaa.... Sonang ajeee...

LASAGNA DAGING O LA LA

koleksi resepi Kak Nannie
Bahan-bahan utk Sos Bolognese :-D
  • 1 kotak instant lasagna
  • 2 tin sos pasta bolognese PREGO perisa tradisi - boleh tambah
  • 1 peket daging cincang-boleh tambah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak zaiton- utk menumis
  • Sedikit herba oregano freshGaram secukup rasa-bila perlu sahaja
Cara masak Sos Bolognese :
  1. Kupas semua bawang dan cincang halus.
  2. Kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu.
  3. Masukkan pula daging cincang, herba oregano dan kacau sampai daging masak.
  4. Tambah garam jika sos kurang masin.
  5. Masukkan semua sos bolognese Prego dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak.
Bahan utk Sos Bachamel :-D
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar butter
  • 800ml susu segar kotak
  • 1/2 cawan parutan keju parmesan atau chedder secukupnya
  • Sedikit black pepper
  • Garam secukup rasa
Cara masak Sos Bechamel:
  1. Panaskan butter dan masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan, guna api dapur sederhana besar dan sentiasa kacau adunan tepung ni supaya tidak hangit.
  2. Masukkan semua susu dan terus kacau sehingga sebati kemudian boleh la dimasukkan parutan cheese cheddar dan serbuk black pepper.
  3. Biarkan kuah mendidih dan masak, terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat kalau tak cukup masin baru ditambah garam.
  4. Kuah bechamel akan jadi pekat bila dah dimasak. Boleh ditutup api dapur.
Cara masak Lasagna :-D
  1. Susun lapisan pertama kepingan lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai kemudian curah sos bolognese dan curah sos bechamel serta tabur cheese.
  2. Ulang semula susun kepingan lasagna, curah sos dan tabur cheese buat begini sampai ke lapisan paling atas atau sampai habis bahan.
  3. Curah sos bechamel dengan banyak sampai banjir supaya kuah sos bechamel yang sudah mesra bercampur dengan sos bolognese meresap dengan sempurna dalam kepingan lasagna.
  4. Kuah bechamel dan sos bolognese yang mendidih masa proses masak dalam oven yang akan masakkan kepingan lasagna ni nanti .
  1. A - susun kepingan lasagna
  2. B - lapis sos bolognese - banyak
  3. C - lapis sos bechamel - banyak
  4. D - tabur cheese - ikut pada selera sendiri
* Ulang susunan seperti di atas A , B C dan D. Buat sampai habis semua bahan-bahan kemudian bakar pada suhu 170'c selama 45 minit tau sehingga masak.

Juadah Puasa ke-11

Yihaaaa hari nie aku mau tunjuk, tayang, tepek, kongsi dannnnn kasi korang jeles plus kecur liur juadah berbuka puasa aku dan En. Hubby pada hari ke-11 berpuasa. All homemade hokeyyy, atas kerajinan aku bersama En. Hubby, he heeee. TQ Kak Ayu dan Kak Hana coz share resepi yang sedap-sedap hingga menjilat jari. Jom layan resepi...

SAMBAL SERAI BEBOLA AYAM

Resepi oleh :- curlybabesatisfaction.blogspot.com
picca credit to Kak Ayu
Bahan-bahan kisar :-D
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 30 batang cili kering (direndam)
  • 5 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 6 batang serai (aku guna 2 btg)
  • 1 inci belacan
Bahan-bahan lain :-D
  • 20 biji bebola ayam (aku buat lebey, tp tak kire bape biji)
  • 2 biji kentang (dibelah 12 - macam wedges tu)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 batang serai (hiris nipis) - tak pakai
  • 1 batang serai (dititik - aku guna 2 btg)
  • 4 helai daun limau purut (dikoyakkan - aku guna 3 helai je)
  • 1 tsp asam jawa + 1/4 cawan air
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak
Cara-cara :-D
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorang kentang. Angkat dan toskan. Kemudian goreng bebola ayam seketika dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak tadi untuk menumis bahan kisar. Tumis bahan kisar bersama bawang besar, hirisan serai, serai yang diketuk dan daun limau purut. Biar hingga kering.
  3. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa.
  4. Masukkan bebola ayam dan kentang goreng tadi ke dalam kuali dan gaul rata. Sesuaikan rasanya. Tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi panas.

RESEPI POPIA BERSIRA PEDAS

Resepi oleh :- hanamemories.blogspot.com
Picca credit to Kak Hana, feberet En. Hubby
Bahan-bahan :-D
  • kulit popia secukupnya
Bahan Inti :-D
  • 1 batang carrot - dihiris halus
  • satu mangkuk kubis yg dihiris halus
  • segenggam atau lebih taugeh
  • 1 biji bawang besar - mayang
  • 1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan dan blend
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • garam
  • perisa@gula sedikit
Bahan Sambal :-D
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu makan bawang merah dan putih kisar
  • 2 sudu besar sos cili @ sos cili thai
  • secubit belacan - jika suka
  • 1sk air asam jawa
  • 1sm gula melaka racik halus@gula putih
  • garam
  • bijan
Cara-cara :-D
  1. Cara penyediaan inti popia - Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan udang kering kisar. kacau rata. Masukkan pula lobak merah. Biarkan sebentar kemudian masukkan kubis dan taugeh. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula (jika suka). tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi kemudian gulung kemas dan goreng hingga kekuningan.
  2. Cara penyediaan sambal - Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih, kemudian masukkan cili kisar dan belacan. Masukkan sedikit air asam jawa dan juga sos. Kacau. Masukkan gula dan sedikit garam. Suaikan rasa pedas dan manis. Masak hingga sambal agak pekat dan kering. Masukkan popia yg sudah digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan.Gaul.
  3. Hidangkan.
NOTADARIKAKHANA : untuk menghasilkan popia yang sentiasa rangup selepas disira, pastikan sambal ditumis agak kering dan tidak terlampau basah, baru masukkan popia. begitu juga inti... toskan air sayur jika ada yg boleh membuatkan popia jd lembik selepas disira.

Sengalnyeeee Cashier iniii...

Ahaaaa dah boleh agak belum aku mau cite pasal ape, ellehhhh tengok tajuk takkan la tak taukan. Saje niiiii buat-buat tak tahu. Okeh camniiii... tadiiiiii aku pegi Mydin Anjung Bazar ngan Nana juga Ct, laaaaa kan Mydin ni dekat ngan tempat keje aku. So mmg jadi pusat perbelanjaan kamilah skang ni. Kire-kire kul 1.15 tadi kite orang ber-3 ke Mydin, dah lepas membeli barang-barang yang kite orang nak kite orang pun beraturlah nak membayar barang memasing.

Okey before sampai turn aku, kite orang memang dah perasan akan kelambatan cashier yang bertugas ketika itu. Tapi layankan la jugak pasal nak ke cashier lain pun penuh jugak orang beratur... sampai turn aku dia jadi kalut sikit. Sebabnya 1 barang yang aku beli si cashier ni dah terscan masuk kat customer sebelum aku punye bil, tau dia tolak ke tidak pasal makcik tu dah inform kat dia. Aku tak tau macam mane dia buat tp dalam bil aku tu dia still kire, betullahkan pasal itu memang barang aku, cume kalau termasuk kat bil makcik sebelum aku tu memang tak adillahkan walaupun barang yang aku beli tu baru berharga RM1.55.

Ok settle turn aku, kene pulak turn Ct. Bile turn Ct takde pape masalah cume lambatttt je sikit kejenya.. Haaaa takpelahkan masih dimaafkan lagi pasal budak baru belajar. Bile sampai turn Nana, dia scan macam biasa pastu Nana pun bayar. Tapi lepas bayar tu Nana ceklah bil dia, korang tau ape jadi.. Ade dia pegi scan air kotak yang sebundle tu dia kire sekotak aje yang berharga RM1.20, tak masuk akalkan air kotak sebundle berharga mcm tu. Rupenye dia p scan kat kotak tu bukan scan kat label luar, so kompemlah kire harga sekotak air je. Haiskkkk Nana terus cakap kat budak cashier tu. Response??? Muke blur and buat tak tahu sbb mase tu dia tengah kalut nak settlekan customer lain yang membeli ala-ala memborong. Jadi kite orang tunggulah jugak pasal airkan masuk dalam badan jadi darah daging. Dalam pada menunggu si cashier ni melangsaikan customer lain, kite orang dok la peratikan dia.

Kesilapan pertama yang dia buat, salah kire kuantiti bungkusan lada cili. Oklah lagi pasal Ct suruh si cashier ni kire balik, ok dengan akurnya si cashier ni mengira balik walaupun bukan barang kite orang. Bile tibe nak scan dia boleh scan bungkusan tu 1 per-1. Hadohaiiii hapsallah dia tak kalikan aje ngan 34 bungkus, udahlah gitu tengah-tengah scan boleh plak dia salah kire. Lepas 32 bape?? 33 kan... tp budak cashier tu boleh kire lepas 32 terus loncat 34 tp nasib baik jugak dia perasan akan kesilapan dia. Lepas tu kalut pulak nak scan kacang 5 bungkus yang berlainan harga. 3 bungkus terakhir dia boleh scan pada bungkusan kacang yang same. Padahal aku tengok setiap bungkusan kacang yang ade tu berlainan harga. Haaa ape punye sengal budak ni dalam hati aku, lantaklah kite orang ber3 pun malas nak amik kisah.

Bile dah settle untuk customer tu, Nana pun hulurkanlah air kotak yang dibelinya tadi. Mase ni budak cashier yang ala-ala sengal tu dah dibantu ngan cashier yang lain. Yang cashier sorang lagi tu pun cakap ngan budak cashier sengal tu "ngapa tak scan kat label depan tu, rugi kire 1 1". Korang tau si cashier sengal ni boleh buat muke tak tau plus selambe jeeee, dia terussssss je scan air kotak tu 1 persatu walaupun si Nana ni amik sebundle and sah2 ade label kat depan tu. Nana pun malas nak cakap banyak, and kite orang pun terus balik. Lepas ni kalau jumpe budak ni kat cashier jangan korang pegi bayar kat dia. Nanti dah ape-ape jadinya pulak. Sengallllll....

Haaa nampak, si Ct dah bercekak pinggang menunggu kelambatan si cashier sengal ni bertugas.
Dalam pada penat menunggu sempat lagi si Nana ni ketawa ngan kakak ipar dia.
Haaaa ni dia cashier sengal yang aku cakap tu. Lupe plak aku nak tengok nama dia, tp kalau tak silap pangkal nama dia ade khairul... Pasni kalau korang tak pasti muke dia, tengok je nama diapangkal Khairul takyah lah korang mempertaruhkan nyawa ngan dia. Hahahaha... cari je cashier lain.

***NotadiHujungJari:-Buat keje tu biarlah betul-betul sikitttttt

Juadah Puasa ke-10

Hari ke 10 berpuasa telah pun lepas,lagi bape hari puasa kite??? jeng jeng jenggg... wahhhh dah macam kanak-kanak riang la pulakkan tak sabar nak beraya. Hehehe... tp yang pastinya kompom raya aku tahun ni kelam kabut sikit. Heeeeeee... mane nak pegi uma mentua lagi, dlm mase yg same mentua pun nak kuar beraya. Haaaa cane tuuu ehh.. tak kite tengok dulu nanti macam mane, yang penting perancangan mesti adooo.. ehehehhe

Okeyyy aku mau kongsi juadah berbuke puasa aku semalam. Haaa korang penah makan IKAN MASAK KARAPULE??? Bukan daun karapole ehhh... Pelikkan bunyinyeee!!!! Hehehe memula aku dengar dulu pun aku rase pelik. Aku dengar since aku kanak-kanak riang lagi kerana ini adalah resepi turun temurun orang bugis, ini yang mak aku citelaa. So aku pegang cakap mak aku tu sampai sekarang bahawasanya ini adalah resepi keturunan BUGIS. Masakan ni sedap ye kawan2, he he he bukan tekak aku je kate sedap tp En. Hubby yang 1st time merasa pun dia kate... "Iskkkk sedapnyeeee yangggg". Haaa so terbuktilah kesedapannyekan!!! Hahahaha... masaknye pun sonang aje macam korang masak asam pedas cume letak sikit santan, dan penggunaan santannya pun takleh banyak dah jom layan resepi.

IKAN MASAK KARAPULE

Bahan-bahannya :-D
  • 10 hiris Ikan Tenggiri (apa-apa ikan pun boleh)
  • Segenggam Lada Kering *
  • 1 biji Bawang Besar *
  • 1 biji Bawang Kecil *
  • 3 ulas Bawang Putih *
  • 1/2 inchi Kunyit *
  • 1 inchi Halia *
  • 1/2 biji kelapa (blender dengan air, air ikut suke nak banyak mane kuahnye)
  • Asam jawa
  • Minyak
  • Garam
  • Ajinotomo
Cara-caranya :-D
  1. Blender bahan yg bertanda *.
  2. Kemudian tumis bahan yg telah diblender sampai garing atau pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan ikan dan santan kemudian masak hingga mendidih, pastikan sentiasa dikacau.
  4. Masukkan air asam jawa, garam dan ajinomoto hingga mendidih.
  5. Bila dah cukup rase dan mendidih bolehlah tutup api dan hidangkan.

*** Haaa senang je kan??? Boleh jugak ditambah bendi ke, kubis ke untuk lebeh sedap. Heeee...

Okeyyy menu ke-2 pulak aku goreng sawi je. Takkanlah goreng sawi pun nak tepek kat sinikan. Hehehehe... Pastu sambil-sambil memasak tu sempat gak aku buat kuih Onde-onde atau juga dikenali sebagai Buah Melaka. Nak tau asal usulnya haa tengok sini.

ONDE-ONDE @ BUAH MELAKA

Bahan-bahannya :-D
  • Tepung Pulut
  • Daun Pandan (Dikisar bersama air dan amik jusnya, tp aku guna perisa pandan je)
  • Pewarna Hijau
  • Gula Melaka (dipotong kecik untuk jadikan inti)
  • Kelapa Parut (mintak tuan kedai jangan parut sampai hitamnya)
  • Garam
  • Air untuk merebus
Cara-caranya :-D
  1. Gaul kelapa parut dengan sedikit garam kemudian ketepikan.
  2. Sediakan air dalam periuk dan biarkan mendidih.
  3. Bancuh tepung pulut, sedikit garam, perisa pandan dan pewarna hijau bersama air hingga adunan boleh digentel.
  4. Kemudian ambil sebesar ibu hari dan leperkan.
  5. Masukkan inti gula melaka ditengah-tengah kemudian tutup dan jadikan bulat.
  6. Masukkan ke dalam air yg telah dididihkan dan biarkan timbul sendiri.
  7. Ulang langkah 4-6 sampai adunan habis.
  8. Bila kuih dah timbul angkat toskan dan masukkan ke dalam kelapa parut bergaram.
  9. Golek-golekkan kemudian angkat dan terus dihidang.
  10. Sedia untuk dimakan.

***NotadiHujungJari:-Pelan-pelan makan onde-onde jangan sampai tercekik terutama sekali bila anak-anak yang makan, awasi mereka.

Mydin vs Resepi

Alhamdulillah semalam adalah hari ke-9 kite berpuasa, ini bermakna tinggal lagi 20 hari je kite akan berpuasa pastu raye, yeay yeayyy rayeee. Sekejap je kan mase berlalu pergi.

Ohh aku lupe nak cerita, bahawasanya dekat-dekat ngan tempat keje aku ni dah ade MYDIN baru, lagi besar dari Mydin kat BBU tu ha, siap ade jual ikan, daging, ayam juga sayur bagai. He heee ala2 jakun kejap. Tapi bukan aku je jakun, orang2 lain pun jakunnnn jugak. Ha ha ha.... So orang2 Johor yang duduk kat area2 Gelang Patah, Nusajaya, Bukit Indah juga Perling meh serbu MYDIN ANJUNG BAZAR. Iskkk orang Singapura dah jejak takkan korang tak nak menjejakkan kaki kot. He he he... Sekarang ni aku tengok dah ramai orang yang berbelanja kat Mydin Anjung Bazar ni. Kalau hari-hari minggu lagi la ala2 sesak. Maklumlahhh tempat barukan.

Bagus jugak dibukak Mydin dekat ngan tempat keje aku ni, serius memang dekat je... So kalau nak beli apa2 boleh terjah ke Mydin je, xyahlah aku nak susah-susah macam dulu pegi JJ ke Giant ke Tesco ke kan, terjah je Mydin ni ha... and xtually Mydin ni beli tapak kedai ngan kampeni aku. Heeeeee...

Tu dia Mydin, blakang ngan tepi Mydin yang tanah kosong tu masih dalam construction lagi. Tu yg ade nampak bangunan cinonet jee adalah tempat aku bekerja. haa dekatkan... Okehh sape-sape yg tak penah sampai Mydin Anjung Bazar ni meh sini aku bg direction. Kalau korang dari Perling, Johor Bahru or Bukit Indah, or kalau tetiba orang Pasir Gudang nak maei sini ke kan, ikut je highway Pontian/Perling, pastu exit ke highway Tuas/Gelang Patah/Nusajaya, pastu exit ke Nusajaya 312C jangan exit kat Nusajaya/Kota Iskandar kang melalut pulak korang pasal jalan ni ade sikit susah bagi yg tak penah sampai. Untuk yang dari Singapura pulak lepas korang kuar dari Tol Tanjung Kupang jalan je terus and cari exit Nusajaya 312C. Ok lepas dah exit Nusajaya 312C ni, jalan terus sampai jumpa roundabout pertama. Haaaa dari roundabout pertama ni dah nampak dah Mydin Anjung Bazar ni, tapi korang kene jalan terus sampailah jumpe roundabout besarrrrr punye and u-turn balik. Kire bile korang jalan terus korang akan lalukan Mydin tu sebelah kanan korang. Bile dah u-turn balik nanti korang sampailah ke destinasi yang dituju. Sikalang ade paham??? Kalau tak paham pegi tengok map ehhhh.. eheheh
picca cilok dr Mydin website
picca ini pun cilok dr Mydin website

Ok dah habis cite pasal Mydin. Hehehe.. skang mau kongsi resepi juadah yang aku masak semalam untuk berbuka puasa. Jom terus ke resepinya... dah kering tekak aku nak berceloteh panjang-panjang.

AYAM ROS PANDAN

Resepi c&p from Kak Azlita tuan punye blog Masam Manis

Tuan asal resepi oleh Cek Mat Gebu

Picca & recipe from Kak Azlita
Bahan-bahannya :-D
  • 7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
  • 1 cawan air
  • 1 camca besar gula melaka
  • 2 camca besar bawang goreng
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang kayu manis
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan.
Bahan Kisar :-D
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato merah
  • 7 biji cili merah
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci halia
  • 1/3 inci lengkuas
  • 1 camca besar sos tomato
Cara-caranya :-D
  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing.
  3. Tuang air dan kacau rata.
  4. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  5. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering.
  6. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  7. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng...

***NotadiHujungJari:-Kalau tak mencuba manekan tau kesedapannya... serius resepi ini setappp hingga menjilat jari, diakui oleh pengkritik tetap sape lagi kalau bukan En. Hubby aku. heeee

Sebulan Berpuasa...

Alhamdulillahhh dah seminggu kite semua berpuasa. Pejam celik pejam celik tau-tau dah nak raya pulak. Heeeee... Aku puasa??? Alhamdulillahhh sama dengan bilangan hari berpuasa sekarang nie. Rasa sakit tu masih adelah sesekali tapi tak la teruk sesangat, sikit-sikit jeee. Syukur kepada Allah kerana masih memberikan aku kesihatan, moga2 aku dapat terus berpuasa tanpa sebarang masalah kecuali time ABC. He he...

Puasa tahun ni jugak merupakan puasa pertama aku berpuasa sebagai isteri, kalau dulu takde kecoh-kecoh nak bangun pagi memasak kecuali zaman-zaman belajar dulu tu pun boleh dikira memasaknye. Kat uma mak sendiri?? Hemmm bangun tinggal ngap aje, tapi sekarang, menjak dah jadi isteri orang ni kenelah bangun pagi sediakan lauk untuk bersahur. Biasanya aku masak yang ringkas-ringkas jee, pasal pepagi gajah selera makan pun tak berapa nak gajah. Kalau untuk aku, aku tak berapa nak makan nasi sebabnya bile aku makan nasi waktu bersahur, siang harinya akan membuatkan perot aku kebuluran tahap gaban. Tapi oleh kerana aku baru je lepas operation, aku layankan jugaklah nasi tu pun untuk 3 hari pertama aje lepas tu aku lantak mende lain contohnya macam kurma, kismis, roti, koko-kruch juga susu. Haaa nampak macam lagi banyakkan... maka lagi lagi lagiiii la aku kebulur, pepagi je perot aku dah berkeroncong.

Haiseyyyy walau lapar macam mane sekali pun kenelah tahan. Takkan nak berbuka di pagi harikan... dah ngalahkan sepupu aku yang berumur 5 tahun berpuasala pulak kalau macam tu. Ha ha... Emmm tak lama lagi nak rayakan, ape resepi biskut yang mudah dan ringkas untuk dibuatkan. Dalam hati ni berangan nak buat sendiri la kekononnya dan setakat ni dalam kepala adelah jugak 2 3 resepi yang mudah-mudah lagi ringkas pembuatannya. Tapi kalau ade lagi yang ringkas, lagi la aku mau. Hehehehee...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.