Sian kazen aku nie, dengar je orang nak meminang dia langsung tak lalu nak makan pe smua. Dok menung sane menung sini... He he... last2 kene terima gak pasal dia orang nie dah lame sangat berkawan pehtu bakal pak mentua sepupu aku nie x sabo2 nak terima menantu lagi... Bagus2 yg baik jangan dilewat2kan ye dakkkk??? Lagi pun dah ade jodoh dan dah ade calon jalan terus jangan tangguh2... kan kan kannn!!! Newayyy congrat my dear kazen...
They aRe s0 Gorge0us
My Kazen Engagement
Raya Haji Ghatering 2009
Makanan untuk menjamu selera memasing
Mereka2 yg diraikan hari lahirnye, dari kiri Nenek, C. Adir, C. Mail and Mak
Sebahagian kuarga yg sempat menghadirkan diri
- Pic 1. Adik beradik mak
- Pic 2. Menantu2 yg sempat di tangkap
- Pic 3. Cucu2 yg sempat dicolet dan diheret
- Pic 4. Cicit nenek 4 orang je??? Mane lagi nie!!! Huhu yg lain tak dapat menghadirkan diri...
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Andai kate tersilap bicara
Andai ade terguris rase
Andai ade terguris jiwa
Dunia kita penuh cobaan
Sama ada sedar atau berangan
Jangan harap terlepas dari dugaan
Kerana hidup ini adalah lakonan
Sepuluh jari aku susunkan
Walau hanye Hari Raya Korban
Aku tetap memohon kemaafan
Kerana manusia tak lepas dari membuat kesilapan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHAAAA... BERKORBAN ITU SATU PENGORBANAN
Projek Terbengkalai
- Pic 1: Itu tukul untuk mengetuk dawai untuk dikemaskan tepinye
- Pic 2: Dawai yg dah siap dikelim tepinye
- Pic 3: Gunting ngan dawai tu sepadan ker???
- Pic 4: Gunting yg dah aku jahanamkan
All the pic aku amik semalam petang. Kon0n nak buat pr0jek menutup pintu pagar kat uma, supaya si Eichik tidak mudah kuar kalau pintu papan dibukak. Pasainye skarang nie, si Eichik pantang nampak pintu papan tenganga mulalah dia berlari lintang pukang nak kuar uma. Hiskkk susah ini macam pasal aku plak jenis suka bukak pintu papan and biarkan pintu pagar berkunci. Konon kasi udara kotor kuar and ganti ngan udara bersih. Tapi kat kawasan uma aku dok tu bersih lagi ke udaranya?? He he he... Whatever laaaa... Yang pentingnye misi aku nak memasang dawai kat pintu pagar nie wajib berjaya.
Petang semalam balik je keje aku terus singgah kedai and beli dawai, sampai2 uma aku teruslah memulakan misi aku. Sekalinye aku terlupe yg kat uma aku manelah ade gunting dawai. Lepas tu cari punye cari aku terjumpelah gunting comey kaler kuning, bajet bolehlah potong dawai halus tu. Sekalinya gunting punye gunting, dawai tak putus tapi gunting tu yg jahanam aku kejekan. Ha ha seb baik gunting murah... Udahnye tak dapatlah aku nak siapkan projek aku tu. Aku just siapkan kelim lebihan dawai yg tokei kedai tu potong. Huhu.. kalau tau semalam mintak tolong uncle tu potongkan sekali utk aku size pintu uma kan...
Tapi takpelah, arinie aku try buat kaedah lain plak. Skang nie pun tengah pikir cane nak potong dawai tu kasi ikut size pintu pagar kat uma... Kene beli cutter la rasenye kan.. ok i will try this afternoon. He he... moga2 berjaya lah petang nie...
1st and 2nd Days Baby Eichik
Aku balik2 dari keje mase 1st day, tu tengok2 pasir dah bersepah bagai... baby Eichik mengamuk pasal terkurung dalam sangkar dalam tempoh yang sangat lame. Hari ke-2 juga begitu, lagi dasyat habis badan baby Eichik bermandikan susu. Saje je kan baby Eichik nie tunjuk perasaan. Sudahnye walaupun dah petang terpaksa gak aku mandikan si baby Eichik tu, takkan nak biarkan pulak. Ade kene kerumun dek semut, lagi haru kan. Haaa sudahnya lepas mandi menggigil satu badan. Cian lak aku tengok...
So tengok plak petang nie, ape pulak ragam yg dibuat oleh si baby Eichik nie. Jangan diterabur pasir dlm sangkar tu lagi udah. Huru-hara aku nak ngemas.
Musim Haji '09
0k mase aku sampai tu semua barang utk di bawak ke tanah suci, telah pun siap dipacking 0leh Pakcik Tik juga Makcik, dia orang pegi laki bini juga kakak kepada Makcik. So beg2 tinggal nak angkut bawak naik kapal terbang jela kan. Part nie aku cume tolong tengok je. Hihihi.. Cume aku tolong part hidang menghidang bile orang datang, almaklumlah akak sepupu aku tengah dalam pantang. Sambil menghidang sambil aku mengunyah, kire tumpang sekaki la. Sekali aku hidang, sekali aku mengunyah, pendek kate dr pagi sampai ke malam keje aku itu jela.. Hidang makan, makan hidang, hidang makan dan makan hidang... :-D Sampai aku takleh nak handle per0t aku canee.. penuh sarat dengan makanan yg sedap2 belaka. Tapi yg paling best mase makan tengahari, sebabnye M.Na aku masak ayam masak lomak cili api, mak mentua M.Na nie orang n9 so part masak lomak cili api nie memang dia terrer. Perghh memang peberet aku ayam masak lomak cili api tu, tapi tak penah lak aku tengok M. Na nie masak daging salai masak lomak cili api. Uiii nie kalau dapat lagi sodap, pasal aku penah makan mase antar abg sepupu aku bertunang dan kawin kat Tampin. Dia orang dok hidang makanan nie, ya ampunn time tu memang aku makan tak toleh kiri kanan, bak kate orang kalau mak mentua lalu kat sebelah pun aku x nampak. Cume yg x tahannye tu pedasnye. Aku nie pulak jenis x kuat makan pedas. Bile dah kene cili.. haaa korang bayangkan la canee aku makan, tangan kiri pegang tisu tangan kanan plak menyuap. Hehehe... siap meleleh air mate aku dek kerana pukulan pedas.
Berbalik pada cite asal, xtually anak sedara mak aku ade gak yg naik haji tahun nie. Tapi oleh kerana umanye kat Pasir Gudang sane, dan tahap kemalasan aku nak memandu di tahap maximum so aku tak pegila menjenguk dia. Seriusss tahap kemalasan aku memandu dihujung minggu yg baru nie tersangatla tinggi, sampai adik2 sepupu aku yg kat uma Pakcik Tik ngajak jalan pusing2 kat bandar Pontian pun aku malas nak layan pdhal uma Pakcik Tik ngan bandar pOntian cume 10 minit je jauhnye, inikan lagi nak drive sampai ke Pasir GUdang sane. Sampai nenek merajuk ngan aku, huhuhu. Ape punye cucu la aku nie kan. Sorry la Nek len kali la orang bawak yerk, nanti K.Nolie balik haji kite pegi la jengah dia. Nenek jangan majuk2 lagi, petang kang orang bawak nenek makan pizza kat JJ BUkit Indah ehhh, M. Ani belanje. Hehehe.. Cessss macam la nenek bace blog aku nie kan. Hihihi xpe nanti aku pinjam laptop M.Ya and tunjuk ape yg aku tulis nie. Luahan rase kononnyeee... Ok la stop sini je... malas nak tulis lagi. :-D
Perpisahan Anak2 kucing Ku
Then aku pulak bawak balik si baby Eichik ke uma Makcik aku kat Gelang Patah. Hihihih sangat seronok, punyelah gumbira C. Mail and M.ya padahal M.Ya aku nie paling x suke ngan kucing. Tapi bile dia terpandangkan baby Eichik mase datang uma aku 3 minggu lepas, terus dia minx baby Eichik nie dr aku. Hehehe memang aku nak bela pun si Eichik nie. Cume bile M.Ya dah bg green light nak bela kat uma dia, aku pun lagi lagi laa sukeeekan. Kalau tak, aku just boleh bela kat uma mak kt kg jerk. Seminggu sekali jela boleh tengok dia macam yg lelain. Huhuhuuu...
So sepanjang perjalanan dr Pontian ke Gelang Patah, baby Echik asyik menangis jerk (dia mengiau tak henti2 ok maknenye dia menangis la tu), kesian pulak aku tengok muke dia. Udahlah belum jauh perjalanan dia dah buat projek dlm sangkar, bleh plak dia berak and kencing kannnn. Belum sempat aku turunkan dia dr kete dah *@$^@&^%&@&.. aduhaiiii... seb baik kucing. Hai laa baby Eichik.. terpaksa gaklah aku berenti and besihkan tempat dia dulu. Lepas tu baru aku teruskan perjalanan. Then sampai2 je kat uma M.Ya, aku pun wat la gempak suprise punye kat C.Mail and M.Ya. Hehehe... Pastu memasing dok sibuk2 tolong aku carikan tempat yg sesuai sekali letakkan si baby Eicik nie. Mula2 aku nak letakkan dia bawah akurium, sekali tak muatlah pulakkan sangkarnye. Dan akhirnye kite orang letak kat bawah singki jerk pasal kat situ kawasannye ok sikit. Then malam td jugak si baby Eichik nie buat perangai and tunjuk perasaan, aku bawak ke tanah nak suruh berak & kenching, dia boleh main kejar2 ngan aku kan. Pastu bile aku bawak letak dlm sangkar, boleh lak di meluru ke pasir yg aku letakkan and terus buang kat situ. Pastu bile aku biarkan, malas nak buang pasir yg kene berak dia tu kan, dia boleh sepah2kan pasir tu.Geramm tak??? Hanginnn aku... and pagi nie pun same kes jugak. Padahal kebiasaannye kul 6.30 baru mak aku lepaskan ke tanah, ini kul 6.20 aku turun tengok2 dia dah memerut. Aduhaiii pastu buat muke selambe je kann..mcm xde ape2 yg berlaku. Nak kene sebat buntut dia tu gaknye. Hehehe ape pun permulaan hidup baby Eichik di rumah M.Ya sangat menyeronokkan walaupun aku tau dia bersedih sbb terpaksa berpisah ngan Mumy Domong, Pupy kemung and abg2nya si Tiger, black and kakak Panda. Hihi Serius aku paham perasaan kucing. Am i?? Kompiden ckp je kannn!!!
My Kuttie Kittie
Hoiii aku belum gile laaa... kucing mmg paham ckp manusia, korang x caye ckp aku?? X caye gak belajar2lah bela kucing then u will know it. Betapa seronoknye bela kucing. Part mak aku plak, dia dah ade kawan begaduh kat uma selain dari ayam2nye. Hihihiiii... So my kutie mutie kittie nie mak aku akan start handover pd tuan barunye dah kecuali si Tiger tu, huhuhuuu so sad, tapi si Mummy Domong tu aku rase macam dah pregnant lagi je, geram tol aku ngan si Domong nie, baby dia baru sebulan setengah dia dah ngandung. Anaknye nak nyusu pun dia men tendang2 segala x bagi susu. Geramm tol aku. Biasa Domong ehhh...
Pengantin x Ku Kenali
Majlis Kenduri Muhammad Aqil Thakif Muhamad Rizal
Majlis Khatam Al-Quran
Its So Sad
Dan dibawah nie sedikit info pasal penyakit Autisma... Selamat membacee...
Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.
Penyebab utama autism ialah :
- Komunikasi
- Tindak balas sosial
- Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal.
Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.
Tanda dan gejala
Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :
Komunikasi
- Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
- Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
- Kurang cerdas semasa bermain
- Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
Tindak balas sosial
- Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
- Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
- Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
- Suka bermain sendirian
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
- Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
- Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
- Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
- Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
Komplikasi
Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.
- Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
- Peringkat akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri
- Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi
Rawatan
Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk :
- Membaiki kemahiran sosial
- Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka
- Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal
- Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya.
Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti:
- Kelakuan ganas
- Hiperaktif
- Kebimbangan yang mungkin timbul
Rehabilitasi
Beberapa pencegahan termasuk :
- Terapi pertuturan dan bahasa
- Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak
- Cara pulih kerja ( occupational therapy )
- untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.
- berbagai rangsangan pancaindera / deria
- Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention )
- Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas
- Pendidikan khas
- kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM )
Story lagi
Tapi cite diatas tu sekadar selingan utk korang ketawe hilangkan stress, mcm aku nie ha.. dan tak mustahil korang penah alaminye jugakkan. Aku?? Bohong kalau aku kate aku tak penah. Hehehe.. ok berbalik pada cerita asal yg nak aku cerita, semalam lepas antar M.Ya ngan C.Mail aku terus ke uma kawan baik aku yg baru lepas bersalin pada 25 Oct 2009 yg lepas, seb baik uma dia 1 taman ngan uma M.Ya aku. So senang la sikitkan nak pegi, kalau x haru gak petang2 bute nak p redah uma org tgh dlm pantang nie. So semalam singgah kejap je kat uma K.Sal tu. Tengok baby dia ngan baby akak dia kejap. Comei gile anak dia, aku sampai anak K.sal tengah membute. Sepatah kate bos aku, "muke anak Saleha tido sebijik mcm mase Saleha tido" ahahah pasal K.sal nie suke tido kat opis, x kire ade bos ke takde ke dia main belasah sebarang jerk...
Ok selamat menjamu selera, tu dia ade gambo anak si K.Sal nie, aku pun menjointkan diri bergambo ngan baby kecik nie. Name anak K.Sal tu Khairunnaqibah bin Saharman dan yg sorang lg tu anak akak dia, namenye Aqilla.
Ape Kes!!??!!!

Skang nie keje aku asyik sangap jerk but still menten celik lagi, ehehe..kalau aku letak kepala kat 0pis 0r kat surau 0r kat uma 0r kat bantal empuk sekali pun belum tentu aku b0leh terus tid0 sekarang nie. K0mp0m x b0leh punye, begitulah kebiasaannye aku kini. Kalau mase aku kat tempat keje lame haa jangan cari pasal. Serius mase kat tempat keje lame, aku penah terlajak tid0 dari kul 2.30ptg sampai ke 4.30ptg kat dalam surau itu pun nasib baik ade Kak Ket t0l0ng kejutkan aku. Kalau dak harus sampai ke malam aku tid0 x sedarkan diri. Sekarang lak punye pesen kalau dah ngantuk sangat bukannye aku b0leh terus tid0. Ade sesetengah 0rang aku teng0k letak kepala terus zzzzzzzzzzzz. Nie bukan 0rang lain, M.Ya aku macam nie. Mak 0iii mudahnye dia tid0. Sedangkan aku??? Terpaksa terkulat2 terpisat2 0r kene berangan2 dulu barulah b0leh lena. Opss bukan aku s0rang rupenye begitu, ade gak kawan2 aku macam tu. Hehehe pada mereka yg begitu, we are same. Huarghhh ad0iii.. nampak gayenye arinie menjadi ari "sangap day" untuk aku.
Manusia GILA kerana CINTA
Manusia menjadi gila,lupa daratan, lupa keluarga, lupa tanggungjawab yg diamanahkan kepada mereka hanya kerana cinta dan inilah yg telah berlaku kepada ibu arwah adik Aaliyah Aiman. Dimanakah sifat keibuanya selama ini? Tidakkah pernah dia terfikir bahawa anak itu adalah amanah yg perlu kita jaga sementara hayat dikandung badan. Subhanallahhh... aku sangat terkilan bila ade ibu bapa seperti ini, tidak memikul tanggungjawab dan menjaga amanah yg Allah bagi kepada mereka. Tidakkah dia tahu bahawa betapa besarnya pahala jika dia mendidik arwah dengan sempurna.
Sungguh aku tak mengerti manusia zaman sekarang nie, yelahkan MANUSIA AKHIR ZAMAN.. yang ade anak senang2 dibuang tapi bagi mereka yg tidak punye anak bersungguh2 mahukannye. Wahai sekalian yg membace tulisan aku yg pendek nie, kalau korang tak mahu memikul amanah yg Allah bagi pada korang bagilah anak korang tu pada orang yg benar2 mahukan anak. Jangan sesekali korang buat anak korang macam nie. Ape salah anak2 dilakukan seperti ini!!! Mereka hanyalah pinjaman sementara untuk korang. Fikir2kan sebelum melakukan sesuatu. Jangan kerana cinta anak dijadikan korban. Subhanallahhh... Moga aku dilindungi oleh-NYA dari menjadi manusia kejam seperti ini. Aminnn...
Rempit iN d' Hujan
Hahhh jangan tak caye semalam adalah hari rempit utk aku. Padan muke kene ujan, suke sangat merempit mandilah hujan. Hihihi xtually bukanlah aku suke merempit, tapi 0leh kerana kereta aku kehabisan bateri dan aku tak berkesempatan utk menukar bateri kereta aku beberapa hari nie s0 terpaksalah aku meminjam m0t0 M. Ya pegi keje. Kebiasaannya aku pinjam kete Pakcik aku C. Mail tapi 0leh kerana hari tu dia nak gunakan kete dia, M. Ya dengan baik hati telah meminjamkan m0t0nya kepada aku. Nasibbb baik ade M. Ya kalau idak terpaksalah aku buat muke sep0sen menelef0n kengkawan yg sudi menumpangkan aku.
Best gak sesekali pegi keje naik m0t0 nie, b0leh merempit dengan br0ther2 dan juga pakcik2 yg seb0k nak pegi keje tu kan. Kebiasaannya aku hanye memandang saje dia 0rang nie bawak m0t0. Haa sekali semalam aku telah menj0intkan diri merempit bersama-sama mereka. Hihihi ser0n0kkkk giler. Yang x berapa nak bestnye bile petang semalam dlm kul 4.30 hujan turun mencurah2 berserta dengan guruh, jadi kecut plak perut aku nak meredah hujan dengan menaiki m0t0. Tapi syukur kepada-NYA kerana telah meredakan hujan pada pukul 5.30 petang semalam, dan guruh pun kurang mase perjalanan pulang aku tu, sampai kat uma siap mintak t0l0ng M.Ya amik gambar lagi. M.Ya kate, "Dah basah2 pun seb0k nak bergambar lagi". Hihihi M.Ya nie mcm x paham lak kan aku nak masukkan cite merempit dalam bl0g aku nie. Kannn... Ape pun it was a w0nderful mem0ry in my life, "Rempit in D' Hujan". Ade peluang aku nak merempit lagi.